Sewa Seluruh Kebun Untuk Vacation Korang Di Carpe Diem Orchard Home Serendah

October 05, 2020 - 04:03 PM


Carpe Diem merupakan perkataan dalam Bahasa Latin yang bermaksud ‘Seize The Day’, atau terjemahannya, memberikan yang terbaik. Dan nama lokasi ini memang sangat kena dengan astetik dan kualiti rumah yang disediakan. Mengambil inspirasi dari nostalgia dan pengalaman balik kampung, Carpe Diem cuba menawarkan pengalaman berada di kampung halaman dan menikmati saat-saat indah bersama keluarga.

 

Anggap Je Kebun Sebesar 18 Ekar Ni Korang Yang Punya

Ianya terletak di Serendah, Selangor dan hanya mengambil masa 45 minit sahaja dari Kuala Lumpur menggunakan kereta. Terdapat beberapa penginapan yang korang boleh pilih di sini antaranya 2 suite, 4 chalet, dan Farmer’s Quarters yang boleh memuatkan seramai 20 hingga ke 50 orang. Setiap penginapan ni mempunyai bilik air tersendiri, dan kemudahan moden seperti hotel lain.

Carpe Diem menggunakan konsep kampung dan sangat menggalakkan penghuni mereka untuk bonding bersama rakan-rakan atau keluarga. Terdapat beberapa aktiviti di sini seperti BBQ, permainan tradisional (congkak), berbasikal, mandi swimming pool, ping pong, foosball, bermain dengan haiwan, dan trampoline.

Bukan tu je, kebun ni juga mempunyai pelbagai pokok buah dari rambutan, manga, nangka, cempedak, dan durian. Kalau buah tu dah masak, korang boleh makan free! Tak perlu bayar lansung, makan la sampai puas. Jadi korang plan la untuk datang sini waktu musim durian, makan puas-puas ye.

 

Lokasi Yang Boleh Dilawati Ketika Di Carpe Diem

Terdapat beberapa lokasi menarik di Serendah Selangor yang korang boleh lawati. Yang pertama ialah Telaga Tujuh Serendah. Ianya merupakan sebuah empangan dan mempunyai 7 telaga untuk membuang lebihan air di situ. Telaga ini dikatakan dibina selepas perang dunia ke-2, namun ada juga yang kata ianya berusia 100 tahun!

Lokasi kedua ialah air terjun Serendah yang hanya memakan masa 15 minit sahaja dari Carpe Diem. Ada gazebo untuk makanmakan, dan ada juga gerai-gerai yang menjual makanan untuk korang nikmati setelah penat bermandi air.

Seterusnya adalah Kolam Air Panas Hulu Tamu. Kalau tadi bermandi air sejuk, kali ni apa kata korang berendam dalam kolam air panas. Pasti segala kepenatan bekerja dan hidup di bandar hilang bila masuk ke dalam kolam ni. Memang berbaloi.

 

Pengalaman Balik Kampung Yang Pasti Tak Akan Dilupakan

Nampak tak betapa berbaloinya duduk di Carpe Diem ni. Macam-macam aktiviti yang korang boleh buat dan banyak lokasi berdekatan lain yang korang boleh lawati. Kalau korang ada apa-apa soalan mengenai tempahan, boleh layari laman web utama mereka dan juga laman utama Facebook mereka. Have fun guys!

 

 

Destination: