Sixty Nine Avenue Residence - Homestay Style Victoria England Di Batu Pahat, Johor
Dalam musim pandemik ni rakyat Malaysia memang tak boleh pergi melancong ke luar negara sesuka hati macam sebelum ni. Dan nampaknya dah ramai yang mula rasa tertekan dan stress dengan keadaan sekarang. Jadi untuk korang yang teringin nak keluar negara terutamanya ke England, apa kata korang try datang ke Sixty Nine Avenue Residence di Johor.
Terletak di Batu Pahat, homestay ni sebenarnya agak murah dan berpatutan. Korang patut lihat design rumah ni, memang cantik dan mengenakan design ala English Cottage di England. Homestay ini ada 2 jenis dan namanya juga memberikan gambaran seolah-olah korang berada di negara tersebut dan ianya adalah Victoria Country dan Eglantine Cottage.
Sixty Nine Avenue Residence juga terletak berdekatan dengan Wet World Batu Pahat, jadi pada masa akan datang kalau korang duduk sini, boleh bawa keluarga mandi manda di sana. Ia juga ada garden tersendiri tau, siap ada meja dan peralatan makan bertemakan Victoria England. Korang ambil sewa la Victoria dan Eglantine ni pada satu masa so korang tak perlu berkongsi dengan orang yang tidak dikenali.
Victoria Country mempunyai 1 bilik tidur yang memuatkan 3 orang dan ada katil queen-size. Manakala Eglantine Cottage pula ada 2 bilik tidur yang boleh memuatkan 6 orang. Ia juga ada ruang tamu dan dapur yang lengkap. Kalau korang nak memasak, dekat je dengan Square One Mall dan Aeon Big Mall jadi memang tak ada masalah dari segi barang basah.
Ada juga beberapa tarikan yang berdekatan iaitu Pantai Minyak Beku, Galeri Dato' Onn, dan Old Street Commercial Centre. Kalau korang duduk di Johor dan nak ubah angin rasa hidup ala-ala orang England pada zaman dulu, bolehlah datang ke sini. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke laman media sosial mereka di bawah. Enjoy!
Alamat: Lot 69, Jalan Taman Tasek Merdeka, Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia