Soulmate Village : 'Hidden Gem' Untuk Percutian Ala Istana Di Hulu Langat, Selangor

February 21, 2022 - 04:38 PM


Ketika ini situasi semasa penularan pandemik Covid-19 di negara kita semakin membimbangkan apabila kes harian mencecah puluhan ribu. 

Namun sedikit melegakan apabila pecahan kes tersebut majoriti adalah hanyalah dalam kategori 1 & 2, manakala varian terbaharu Omicron ini cuma memberikan gejala ringan terhadap individu yang dijangkiti membuatkan mungkin pihak berkuasa masih membenarkan untuk kita menjalani aktiviti harian seperti biasa termasuk aktiviti pelancongan.

Jika anda masih ingin bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, namun tidak ingin memilih hotel atau resort yang terlalu besar dengan kehadiran ramai orang -- mungkin anda boleh mempertimbangkan sebuah penginapan terbaharu di Hulu Langat, Selangor ini yang bagi min tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil dan cukup perfect untuk keluarga dan rakan-rakan kita sahaja.

Resort yang dimaksudkan adalah SOULMATE VILLAGE!

Kredit: Soulmate Village

Bagi pengetahuan korang, tempat ini baharu sahaja dibuka pada hujung tahun 2020 dan ramai yang masih belum mengetahui kewujudan lokasi percutian ini serta tidak keterlaluan jika min sifatkan Soulmate Village ini merupakan 'hidden gem' atau permata tersembunyi bagi sektor pelancongan di Selangor.

Lokasi tepat kalau korang nak bercuti ke sini adalah Soulmate Village beralamat di Lot 1058, Kampung Sungai Lui Batu, 22, Jalan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Pada mulanya percutian min dan 6 lagi rakan ke Soulmate Village ini adalah untuk sesi reunion kami yang telah lama tidak berjumpa hampir 2 tahun lamanya dek kerana kesibukan kerja, ditambah pula dengan pelaksanaan PKP akibat Covid-19.

Oleh itu bagi mengelak lokasi yang terlalu ramai orang atau crowded places -- kami mencari sebuah tempat  percutian yang dekat dengan alam semulajadi, bersuasana privasi tetapi hampir dengan ibu kota memandangkan majoriti kami tinggal di Kuala Lumpur dan masing-masing malas nak memandu jauh.

Cari punya cari kami pun terjumpa dengan Soulmate Village ini dan melihat kepada gambar serta kemudahan yang ada di situ, kami pun berbincang dan bersetuju untuk menginap selama 3 hari 2 malam di situ.

Pada hari dijanjikan, kami semua pun berjumpa di Soulmate Village yang hanya mengambil masa pemanduan selama 45 minit sahaja dari ibu negara. 

Kalau korang yang biasa dan pernah mengunjungi port popular di Hulu Langat iaitu Sungai Congkak atau Air Terjun Sungai Gabai -- korang mesti takkan sesat kerana untuk ke Soulmate Village pun menggunakan jalan yang sama.

Cuma disebabkan baru-baru ini Hulu Langat antara lokasi yang dilanda banjir besar pada hujung tahun lepas dan kebanyakkan jalan di sana rosak teruk hingga terpaksa ditutup, maka pemanduan kami ke Soulmate Village juga terpaksa dilencongkan menggunakan jalan alternatif yang agak jauh tetapi akhirnya kami selamat juga tiba di sana.

Sebaik saja menjejakkan kaki ke Soulmate Village, min dan rakan-rakan terpesona dengan reka bentuk luaran bilik penginapan di sini yang berkonsepkan ala-ala istana Inggeris lama atau castle! 

Memang cun sangat untuk dijadikan background bergambar OOTD kitaorang...hehehe..

Soulmate Village ini menyediakan 3 blok penginapan yang dinamakan sebagai Istana Sultan, Studio Jalan Ampas dan Pura Cendana.

Ketiga-tiga blok penginapan ini sebenarnya mempunyai 2 bilik di tingkat bawah dan 2 bilik di tingkat atas.

Jadi keseluruhan bilik yang ditawarkan di sini berjumlah 12 buah bilik.

Bilik-biliknya juga sangat besar dan bersih serta dihiasi dengan dekorasi dalaman berkonsep moden dan English-Style.

Setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil single atau sebuah katil queen. Tetapi jika korang nak tambah tilam pun boleh hanya perlu tambah RM50 sahaja.

Di dalam bilik turut disediakan TV, sofa, set kopi, cerek, tuala, penghawa dingin, kipas serta keperluan asas di dalam bilik air yang bagi min sangat unik kerana menggunakan batu-batu kecil di lantainya, mungkin untuk elak tetamu terjatuh kerana licin. Hehehe...

Selain bilik penginapan yang selesa dengan tilam dan bantal yang empuk (di mana diakui sendiri oleh rakan-rakan min buat dorang tidur tak nak bangun-bangun..hahaha) -- antara tarikan utama di Soulmate Village ini adalah kolam renangnya bersumberkan dari air bukit!

Memang terasa lain berenang di dalam swimming pool di situ, rasa sejuk dan fresh giler. Mandi lama-lama di dalamnya pun mata tidak kemerah-merahan atau pedih kerana tak mengandungi klorin di dalamnya. 

Terdapat 2 jenis kolam renang disediakan iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kredit: Soulmate Village

Kalau bab makan pula, di Soulmate Village ini menyediakan sarapan pagi percuma dengan pakej bilik penginapan dan korang jangan terkejut sebab sarapan yang disediakan bukan biasa-biasa tau.

Korang bayangkan hari pertama kitaorang sarapan nasi lemak daun pisang siap dengan pilihan 2 jenis kuih-muih dan setong air teh panas -- macam untuk 10 orang makan! Manakala hari kedua pula dorang sediakan hidangan sarapan mee kari juga lengkap dengan 2 pilihan kuih-muih dan setong air juga! Mewah, kan...

Bagi makan tengah hari dan makan malam pula, korang kena bawa hidangan sendiri atau kalau korang nak masak-masak pun boleh, tinggal bawa semua bahan masakan dan dapur mereka lengkap dengan segala kemudahan pinggan, mangkuk, sudu, garfu, kuali, pisau dan gas untuk memasak.

Tetapi min dan rakan-rakan memilih untuk ber-BBQ di tepi kolam renang. Segala kelengkapan BBQ seperti kipas, fire starter, pit barbeku dan arang disediakan pihak Soulmate Village dengan harga RM50 sahaja.

Tentang aktiviti pula memandangkan kami ke sini memang untuk merehatkan badan dan minda, jadi kami hanya banyak berbual dan melepak di pondok tepi kolam ikan yang terletak di depan pintu masuk utama Soulmate Village.

Tetapi sebenarnya di sini ada juga beberapa aktiviti yang boleh dilakukan seperti menangguk ikan dan sesi karaoke.

Jika korang yang bercuti dengan anak-anak, tempat ini memang perfect untuk melepaskan mereka bermain dan berlari-lari memandangkan kawasan halamannya yang sangat luas dan selamat.

Dari segi line telefon dan internet pula, Soulmate Village tidak menyediakan kemudahan WIFI. Tetapi line semua jenis telco adalah full bar, hanya UMobile sahaja kurang capaiannya di sini.

Jadi apa yang boleh min rangkumkan adalah percutian 3 hari 2 malam di Soulmate Village ini sememangnya cukup memuaskan hati serta mencapai misi kami yang menginginkan sebuah staycation menenangkan, dekat dengan nature dan berjaya menghilangkan segala tekanan serta bebanan kerja. Rugi kalau korang tak datang bercuti ke sini...Hehehe...

SOULMATE VILLAGE 
Alamat : Kampung Sungai Lui, Batu 22, Jalan Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Telefon : 019-343 0328
Facebook : Soulmate Village
Harga 1 Malam : RM280 (Hujung Minggu / Cuti Umum) &  RM240 (Hari Biasa) -- Percuma Sarapan

Destination: