Takde Idea Nak Menginap Mana Di Langkawi? Jom Try Aseania Resort & Spa, Ada Kolam Mandi Terpanjang Di Malaysia Tau!
Selepas sekian lama berkurung di dalam rumah gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak Mei lalu, orang ramai kini sudah boleh menarik nafas lega.
Ini kerana pihak kerajaan telah memperkenalkan projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi bermula 16 September lalu.
Justeru bagi yang ingin ke pulau legenda ini yang terkenal dengan sejarah Mahsuri, bolehlah memilih Aseania Resort & Spa Pulau Langkawi yang menawarkan aktiviti riadah dan percutian yang mendamaikan.
Apa yang istimewa di sini? Sudah pasti kolam mandi yang panjang.
Dibina berkonsepkan taman tema air mini, kolam di sini mempunyai ukuran sepanjang 1.55 km sehingga ia mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Record sebagai "kolam terpanjang di Malaysia".
Malah ia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai kolam mandi terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang membuatkan pengunjung bertambah teruja ialah taman air mini di situ turut menawarkan kolam berombak, air terjun dan gelongsor bagi mereka yang menggemari aktiviti air.
Bagi mereka yang membawa anak-anak, berenanglah di situ sepuas-puasnya. Selain itu, satu lagi mercu tanda Aseania yang bakal menambat hati anda adalah air terjun buatan yang tinggi dan besar tersergam indah.
Airnya deras mengalir menuruni tembok batu tegak yang sengaja dibina untuk melengkapi landskap bertemakan air itu. Melihat latar hutan di sekitar, sungguh mendamaikan. Bersatu dengan warna biru kolam, membuat persekitaran rasa redup lagi nyaman.
Terletak di Pantai Chenang dan 6.5 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa, Langkawi -- resort ini bagaikan sebuah hotel mewah yang dikelilingi alam semula jadi seperti bukit menghijau dan air terjun buatan mempesonakan.
Menginap di sini, banyak momen indah menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan. Pertamanya, bilik-bilik luas dan selesa dengan dua katil jenis Queen yang boleh memuatkan empat orang.
Tilam tebal dan gebu pula memberi kepuasan kepada tetamu bermalam untuk tidur lena hingga ke pagi.
Terdapat 232 bilik penginapan untuk ditempah meliputi empat kategori iaitu Suite Apartment, Superior, Deluxe dan Super Deluxe.
Menurut Pengarah Operasi, Aseania Resort & Spa Pulau Langkawi, Rozaimi Mat Rashid -- pihaknya kini menawarkan pakej promosi menginap 3 hari 2 malam dengan harga serendah RM288.
Pakej tersebut didatangkan bersama pilihan sarapan pagi sebanyak RM20 seorang, namun tawaran itu sah sehingga hujung September sahaja.
Ketika ini menurut beliau tempahan bilik sudah mencecah 40 peratus dan semakin meningkat di mana jumlah tempahan disasarkan sehingga 80 peratus menjelang Oktober sehingga Disember ini.
Bagi anda yang ingin menginap di resort ini, anda boleh melayari https://aseaniaresortspalangkawi.com/ atau menghubungi +604-955 2020 dan +6014-902 2018.
Sumber: Malaysia Gazette & Kredit Gambar: FB Aseania Resort & Spa Langkawi Island