Tanah Aina Farrah Soraya - Antara Nature Retreat Yang Terbaik Di Malaysia

November 11, 2020 - 12:27 PM


Antara lokasi Nature Retreat terbaik di Malaysia!

Nama Tanah Aina memang sangat terkenal dalam kalangan mereka yang sukakan staycation dan lokasi yang dikelilingi oleh alam semula jadi. Di Pahang, salahs satu daripada lokasi tersebut adalah Tanah Aina Farrah Soraya. Ianya merupakan eco-friendly resort yang dikelilingi oleh hutan tebal dan air sungai yang sangat cantik dan menenangkan. 

Pemilik Tanah Aina Farrah Soraya ni adalah Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dan beliau mempunyai beberapa resort di Malaysia yang diberi nama Tanah Aina. Tanah Aina Farrah Soraya merupakan salah satu daripada resort yang dimiliki beliau dan terletak di Pahang. Nama resort-resort tersebut diberikan bersempena anak dan cucu beliau. Berikut merupakan resort Tanah Aina lain yang ada di Malaysia:

- Tanah Aina Farhana - Resort tepi pantai di Pengerang, Johor

- Tanah Aina Fahad - Resort glamping di Raub, Pahang

- Tanah Aina Farouq - Resort di dusun durian, Raub Pahang

Terdapat 13 jenis chalet dan juga dorm untuk mereka yang mencari ketenangan ketika datang ke resort Tanah Aina Farrah Soraya ini. Memang sangat sesuai untuk setiap jenis percutian sama ada untuk pasangan romantik di Honeymoon Chalet atau Rumah Mahagony yang boleh memuatkan satu keluarga besar pada 8 orang. 

Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh lakukan di Tanah Aina Farrah Soraya dan aktiviti tersebut terbahagi kepada percuma atau dibayar. Untuk aktiviti percuma, korang boleh jungle trekking untuk pergi ke air terjun Leap of Faith, morning walk pergi ke Peak Into Paradise, dan berjalan-jalan pada waktu malam, semua ini bersama guide ya. 

Untuk aktiviti berbayar pula korang boleh buat Flying Fox (RM30), Paintball (RM150), Adventure Race (RM100), Kitchen Master (RM70), Farming Educational Tour (RM30). Memang best semua aktiviti ni, dan setiap aktiviti tersebut mempunyai tarikan unik yang tersendiri. Korang memang tak akan bosan duduk di Tanah Aina Farrah Soraya ni.

Jadi kalau korang nak pergi bercuti seketika di lokasi yang terpencil, tenang, tapi masih penuh dengan aktiviti, korang bolehlah datang sini. Jangan lupa jaga SOP, jaga penjarakan sosial 1 meter, dan pakai penutup muka okay? Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh pergi ke laman web rasmi mereka dan media sosial mereka di bawah:

Laman Web Facebook | Instagram

Destination: