Tanah Larwina - Nature Retreat Tercantik Di Selangor

December 21, 2020 - 06:36 PM


Kalau korang nak lari dari kesibukan bandar buat sementara waktu dan tak mahu pergi ke lokasi yang jauh, korang boleh check lokasi yang terletak di tebing Sungai Larwin di Hulu Langat ni. Tanah Larwina merupakan sebuah nature retreat yang dibina di atas tanah seluas 3 ekar. Dikelilingi oleh pokok-pokok dan air sungai, lokasi ni memang best untuk korang tenangkan diri pada hujung minggu.

Lokasi ini sangat sesuai kalau korang nak berjalan dengan satu family kerana ianya boleh memuatkan sehingga 8 orang tau. Dan jangan risau, terdapat beberapa fasiliti lengkap yang ada di sini untuk kemudahan korang seperti dapur yang lengkap, ada campfire, peralatan BBQ dan kawasan untuknya. Jadi memang macam-macam aktiviti yang korang boleh buat di sini.

Terdapat 3 katil queen size di tingkat atas dan satu di bawah. Konsep yang digunakan di retreat ini adalah open space atau ruangan terbuka seperti dorm. Tapi kalau tak cukup juga, korang boleh sewa pod biru dan pod hijau yang boleh memuatkan 2 orang untuk setiap satu darinya. Dan yang paling best, korang boleh mandi sungai di Sungai Larwin.

Terdapat juga animal farm untuk korang bermain bersama haiwan di sana seperti kambing, kuda, itik, dan ayam. Jangan risaulah, mereka memang ramah terhadap penduduk di retreat ini. Kalau korang datang waktu musim buah lagi best korang boleh makan buah-buah tersebut secara percuma. Untuk info lebih lanjut korang boleh pergi di link di bawah.

Alamat: Batu 23, Jalan Sungai Lui, Kampung Paya Lebar, 43100 Hulu Langat, Selangor

Laman Web Facebook | Instagram

Destination: