Tanjong Jara Resort, Lokasi Penginapan Berkelas 5 Bintang
Bila kita cerita pasal resort tepi pantai yang indah di Malaysia, sudah tentu Terengganu menjadi salah satu lokasi pilihan. Mana tidaknya, terdapat pelbagai pulau yang cantik dan permandangan yang memukau untuk dinikmati. Anda boleh merasai sendiri pengalaman bercuti yang serba mewah dan yang terbaik di Tanjong Jara Resort!
Terletak di sepanjang pantai Tanjung Jara yang berada di utara Kuala Dungun, resort mewah ini menawarkan satu percutian yang cukup eksklusif. Arkitektur resort yang terinspirasi dari istana Melayu abad ke-17. Resort ini menawarkan pelbagai pilihan bilik dan villa yang diperbuat dari kayu tempatan, dan juga dilengkapi dengan perabot yang bertemakan tradisional.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda nikmati di Tanjong Jara Resort, antaranya senaman Sucimurni yang dibawa khas oleh pihak resort. Selain itu anda boleh join kelas memasak masakan tradisional melayu yang dikelola oleh pakar chef tempatan! Kalau anda sukakan haiwan, anda boleh melihat penyu di Lang Tengah Turtle Watch.
Anda sukakan alam semulajadi? anda boleh hiking di Jara Hill sambil menikmati permandangan yang cukup memukau! Kalau dah penat explore segala tarikan yang ada di sana, anda boleh manjakan diri di Spa Village Tanjong Jara untuk berehat.
Inginkan satu makan malam yang romantik bersama pasangan? Jangan risau Dining on The Rocks mampu menawarkan satu dining experience yang romantis!
Macam macam kan yang anda boleh nikmati di Tanjong Jara Resort!
Harga Per Night bermula dari RM 750 dan ke atas. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh klik sini