The Rubber Escape, Melaka Tawar Percutian Di Tengah-Tengah Ladang Getah!
Korang pernah terbayang tak nak bermalam dalam ladang getah?
Kalau korang nak tahu dekat Melaka sebenarnya ada sebuah resort penginapan yang menawarkan konsep percutian di tengah-tengah ladang getah yang luas yang dinamakan THE RUBBER ESCAPE!
Terletak di Alor Gajah, Melaka -- resort ini menyediakan sebuah pengalaman percutian yang tenang dari hiruk pikuk kota serta damai dan terpencil namun begitu dekat dengan kehijauan alam semulajadi.
Berjarak hanya 30 minit pemanduan dari pusat bandar Melaka, The Rubber Escape ini menawarkan 12 unit bilik penginapan eksklusif untuk para tetamunya yang dijamin memberikan lebih privasi dan ruang untuk korang menikmati percutian yang sangat menenangkan.
Walaupun resort ini dikelilingi dengan deretan pokok-pokok getah, namun di sini juga disediakan sebuah kolam renang infiniti sedalam 50 kaki yang boleh korang enjoy untuk bermandi-manda atau sekadar bersantai di tepi kolam sambil menghirup kopi panas atau membaca buku.
Bilik penginapan di sini mempunyai 3 jenis pilihan iaitu:
1) Deluxe Double Room (2 Orang)
2) Family Room Standard (4 Orang)
3) Family Room Courtyard (4 Orang)
Kesemua bilik di sini dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan minimalist namun lengkap dengan kemudahan seperti bilik mandi, televisyen, WIFI, air minuman dalam botol, cerek, tuala serta peralatan mandian.
Menariknya, bilik mandi di sini diubahsuai bertemakan konsep Mediterranean yang cantik, malah untuk bilik jenis Double Deluxe dilengkapi dengan tab mandi untuk korang berendam bagi menghilangkan tekanan atau stress.
Sekiranya korang membawa anak-anak bercuti ke sini, mereka pastinya akan seronok dan teruja menggunakan basikal yang disediakan di sana untuk bersiar-siar di dalam ladang getah, yang mungkin itu pertama kali mereka menjejakkan kaki ke ladang tersebut.
Selesai berendam di kolam renang, anak-anak juga boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti seperti karaoke hingga kepada permainan papan dan kad.
Terdapat juga beberapa ruang bersama yang boleh digunakan untuk korang bersantai menghabiskan masa seperti di ruang tamu, ruang makan di luar bilik penginapan, coffee house dan juga kafe sekiranya korang menginginkan makanan ringan atau minuman.
Sekiranya korang ingin mengadakan pesta BBQ, kemudahan barbeku turut tersedia untuk disewa di tempat percutian ini! Bestkan!
Harga sewa bilik untuk satu malam di sini sekitar RM319 sahaja.
THE RUBBER ESCAPE
ALAMAT: Lot 2443, Jalan Satelit Lendu, Lendu 78000 Kampong Alor Gajah, Melaka
NO TEL: 017-678 3611
WEBSITE: http://www.therubberescape.com/
FACEBOOK: The Rubber Escape, Melaka
Sumber : Facebook (Klook)