The TamingSari Beach House - Percutian Tepi Pantai Berkonsep Rumah Melayu Klasik

December 14, 2020 - 04:21 PM


Sekarang semakin ramai yang memilih untuk membuat percutian dalam negara memandangkan aktiviti rentas negeri juga telah dibenarkan oleh Kerajaan.

Jika anda memilih untuk bercuti ke Melaka dan mencari sebuah destinasi menarik yang cantik serta menjanjikan pemandangan pantai yang indah -- anda boleh menginap di THE TAMINGSARI BEACH HOUSE!

The TamingSari Beach House merupakan sebuah rumah chalet yang berkonsepkan kayu dan rumah tradisional melayu lama.

Ia terletak berhadapan dengan pantai Kuala Sungai Baru, Melaka.

Di sini terdapat 2 unit chalet yang terletak di dalam kawasan berpagar seluas kira-kira 70x90 kaki persegi dengan kemudahan seperti bilik persalinan, tempat BBQ dan halaman yang bersih cukup untuk meletakkan beberapa buah khemah kecil. 

Kedudukan chalet yang sangat hampir dengan pantai juga memudahkan kanak-kanak mandi dengan dipantau hanya dari dalam kawasan chalet dan anda juga berpeluang untuk menikmati deruan bunyi ombak yang cukup menenangkan.

Bilik penginapan di sini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti katil bersaiz Queen, TV LCD, penghawa dingin, bilik air, mini bar serta WIFI.

Bercuti di The TamingSari Beach House ini juga akan membuatkan anda dapat melepaskan tekanan kerana di sini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti memancing, mandi laut, mencari remis dan barbeku.

Harga sewa bagi 1 malam juga sangat berbaloi iaitu RM220 per chalet termasuk sarapan percuma untuk 2 orang.

Jika bercuti ke sini anda juga boleh berjalan-jalan ke destinasi pelancongan berdekatan lain seperti Port Dickson yang hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja dari The TamingSari Beach House.

THE TAMINGSARI BEACH HOUSE

ALAMAT: Kampung Pantai Hilir, Jalan Kampung Solok 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

NO TEL: 019-3309767 / 012-3219767

FACEBOOK: The TamingSari Beach House

Destination: