Tidur Di ‘Jungle Bubble’ Bertemankan Gajah Di Chiang Rai, Thailand

January 28, 2020 - 12:36 PM


Anantara Golden Trangle Elephant Camp & Resort di utara Thailand ini ternyata memberikan definisi lain terhadap terma ‘dekat dengan alam sekitar’ atau konsep close to nature yang sering dibawakan oleh mana – mana resort yang berkonsepkan eco atau nature.

Terletak di daerah Chiang Rai, resort terbaru Anatara ini ternyata menjadi perhatian ramai dan ini adalah disebabkan suites mereka yang dipanggil ‘Jungle Bubbles’.

Satu, disebabkan rekaannya. Dua, lokasi suites ini yang terletak berdekatan dengan laluan gajah-gajah yang ada disekitar. Ini bermaksud, tetamu berkemungkinan ‘disapa’ oleh gajah seawal bangun dari tidur!

Menurut Anatara, rekaan unik berbentuk buih sabun ini dilakukan oleh Eye In The Sky dan bahan yang digunakan adalah fabrik jenis polyester berteknologi tinggi bagi mengekalkan ketahanan.

Dibahagian dalam, ia dilengkapi dengan pendingin hawa selain mempunyai katil bersaiz king serta ruangan tidur dan ruang tamu yang cukup luas. Walaupun lutsinar, jangan risau kerana rekaan tandasnya tidak.

Tetamu di resort Anatara Golden Triangle ini akan ‘berkongsi’ kawasan berkenaan dengan kira – kira 60 ekor gajah yang sebenarnya diselamatkan dari jalanan Thailand dan kini ditempatkan di kem ini untuk tujuan pemuliharaan.

Selain penginapan, resort ini turut menyediakan tour ‘ Walk With Giant’ bersama pakar biologi atau veterinary bertugas bagi mendalami dan mempelajari proses yang dilalui oleh gajah – gajah yang terdapat di kem berkenaan.

Tetamu yang sertai atau bermalam di resort ini secara tak langsung dapat menyaksikan kelakuan serta interaksi sosial kawanan gajah dalam habitat semulajadi mereka.

Untuk harga; difahamkan ia bermula dari THB17,700 untuk dua orang. Sekitar RM2,350.
 

Photo Credit : Website | Anatara Golden Triangle
Destination: