Tingkat Valley, Port Family Day Ala Kampung Yang Sebenar!
Mesti semua rasa tak puas sangat cuti raya baru-baru ini kan? Mana tidaknya dah dua tahun tak beraya bersama keluarga tersayang, mana mungkin lepas rindu dalam masa seminggu je. Apa kata kita repeat gathering bersama keluarga besar.
Port kali ini memang boleh dikatakan sempurna. Boleh menampung total pax sehingga 30 orang. Lokasinya cukup terpencil dan privasi anda sekeluarga memang terjamin. Tingkat Valley memang satu penginapan yang cukup memukau dan indah.
Vibe kampung yang real. Lihat saja suasana sekelilingya, dikelilingi keindahan alam semula jadi. Ada sungai yang mengalir dengan tenang dan jernih. Tengok gambar je dah rasa nak terjun.
Tingkat Valley menawarkan dua pakej iaitu:
(a) Small Family Package (12 pax)
- Terdapat 6 buah bilik
- Bilik mandi outdoor
- 6 katil saiz queen
- Sarapan pagi (nasi lemak)
(b) Big Family Package (30 pax)
- Terdapat 6buah bilik + 4 Khemah single + 1 khemah double + 1 loteng
- Bilik mandi outdoor
- 15 katil saiz queen
- Sarapan pagi (nasi lemak)
Harga untuk kedua-dua pakej:-
Small Family: RM2000 untuk satu malam
Big Family: RM2600 untuk satu malam
Yang paling best, ada potongan harga sebanyak 35% untuk kedua-dua pakej! Sah sehingga Jun 2022
Antara fasiliti lain yang disediakan:-
- Towel disediakan
- Ruang dapur terbuka
- Set teh dan kopi disediakan
- Water heater
- Iron/ Iron board
- Water dispenser
- Peti ais
- Peralatan memasak
- Kutleri
- Set Karaoke
- Pit BBQ
Untuk tempahan anda boleh tekan link untuk terus ke Whatsapp Tingkat Valley atau hubungi 012-536 0277
Alamat: Lot 320064, Persiaran Taman Meru 30, Taman Meru, Ipoh, Malaysia