Top 5 Hotel & Resort Di Pulau Redang Terengganu
Pulau Redang yang terletak di Terengganu nampaknya telah mula beroperasi dan sedia untuk menyambut tetamu yang bakal berkunjung ke pulau lagenda Terengganu ini. Jadi kami di rileklah ingin berkongsi Top 5 Resort dan Hotel pilihan kami di Pulau Redang.
Redang Bay Resort
Redang Bay Resort terletak di pantai Pasir Panjang dimana pasir pantai yang sangat gebu dan putih. Resort ini juga adalah family friendly, sesuai untuk company trip dan percutian rakan sebaya.
Resort ini juga mempunyai kafe luar (outdoor café) dimana para pengunjung boleh menikmati keindahan pantai pada waktu malam dan juga dihiburkan dengan persembahan live band.
Resort ini mempunyai banyak jenis bilik, dari jenis dorm sehinggalah jenis Quad room biasanya sesuai untuk keluarga.
Redang Bay Resort juga mempunyai fasiliti kolam renang, kedai cenderamata, kedai serbaneka dan banyak lagi. Selain itu, resort ini menawarkan aktiviti air seperti snorkeling, diving, hiking dan banyak lagi.
Di depan resort pula, pantai berpasir menjadi tempat dimana para pengunjung bermain volleyball yang disediakan oleh pihak resort. Selain itu, resort juga menyediakan game room untuk tetamunya.
Redang De' Rimba
Redang De 'Rimba adalah chalet di lereng bukit yang menawarkan pemandangan landskap pergunungan di sekitarnya. Ia mempunyai restoran, kemudahan biliard serta bilik-bilik dengan Wifi percuma. Ruang letak kenderaan disediakan secara percuma.
Bilik-bilik menawarkan TV skrin rata, alat penghawa dingin dan almari pakaian. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian. Perkhidmatan bilik disediakan.
Para tetamu boleh menyanyi sepuas hati di sesi karaoke, atau bermain dart. Aktiviti-aktiviti lain seperti memancing dan menyelam juga boleh diaturkan.
Tempat penginapan ini terletak 45 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Redang Beach Resort
Redang Beach Resort, di Pulau Redang ini amat cantik, bersih dan menenangkan. Resort ini terletak di pantai berpasir putih terpanjang di Pulau Redang dan merupakan salah satu pusat peranginan yang paling popular dan mewah di Pulau Redang.
Resort ini mempunyai lebih daripada 150 bilik dengan pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih. Bilik Standard dan Bilik Superior antara jenis bilik yang paling popular. Harganya pula sangat kompetitif dalam kalangan resort di sini.
Restoran di resort ini menyajikan hidangan ala ala carte, Cina dan Barat. Menariknya, terdapat sebuah kopitiam yang menghidangkan menu kopi dan teh yang paling enak dan lazat di syurga tropika ini.
Untuk peminat skuba pula, sama ada anda ingin menyelam ataupun mencari kursus penyelaman, pusat menyelam di sini dapat memenuhi semua keperluan anda. Jadi apa tunggu lagi, inilah tempat menarik di Pulau Redang boleh anda kunjungi.
The Taaras Beach Resort
Selain resort di pantai Pasir Panjang, terdapat satu lagi tempat penginapan yang menarik di Pulau Redang iaitu Taaras Beach and Spa Resort. Resort exclusive lima bintang ini, satu satunya hotel yang terletak di Teluk Dalam dan menyediakan 183 bilik premium untuk para pengunjung.
Layanan dan kemudahan yang disediakan di sini, sangat mewah dan rasa macam raja. Bahkan bila anda tiba sahaja di resort ini, anda akan disambut di tempat duduk yang selesa bersama welcome drink, kita tak penat penat berdiri untuk tunggu check in.
Setelah selesai proses check-in yang sangat menyelesakan, admin yakin anda pasti tidak sabar untuk terjun ke laut biru kristal dan jika ada rezeki, dapatlah jumpa penyu-penyu Redang.
Musim terbaik untuk berkunjung adalah disyorkan pada pertengahan tahun kerana batu karang pada waktu itu telahpun “bertukat kulit”, so bentuk dan warnanya menjadi sangat cantik! Resort ini menyediakan 5 bilik tidur private villa yang sangat selesa, menakjubkan dan sesuai untuk seisi keluarga yang besar.
The Taaras Villa
Resort ini sangat sesuai untuk para pengunjung yang sedang berbulan madu atau yang inginkan percutian yang sangat chill dan relaks kerana lokasinya yang lebih private dan mempunyai pantai persendirian. Resort mewah ini juga menawarkan aktiviti air seperti snorkeling dan diving untuk para pengunjung yang berminat. Resort ini juga mempunyai tempat perlindungan penyu di mana penyu-penyu akan bertelur di sana dan pengunjung boleh melawat tempat perlindungan penyu itu. Hanya di resort ini sahaja anda boleh melihat penyu dari jarak dekat!