Treehouse - Duduk Di Rumah Pokok Yang Dibina Di Atas Pokok Durian Berusia 80 Tahun

April 02, 2021 - 06:10 AM


Pernah tak korang teringin nak duduk di dalam rumah pokok waktu kecil dulu? Sekarang ni korang dah boleh penuhi keinginan korang di satu lokasi yang sangat menarik di Penang. Treehouse merupakan sebuah rumah pokok yang telah dibina di atas pokok durian! Dan yang paling best pokok durian ni dah berusia 80 tahun guys, memang sangat besar.

Bukan tu je, ia juga terletak di dalam dusun buah seluas 16 ekar dan 300m dari paras laut. Kepada korang yang risau dengan bau durian tu, tak perlu datang sini pada bulan Jun dan Julai. Bulan lain memang tak ada bau tau sebab bukan musim dia. Di dalam ni juga tiada aircond so korang boleh rasai sendiri pengalaman asli duduk di rumah pokok, tapi masih sejuk pada waktu malam.

Bila duduk di sini, korang akan dihidangkan dengan breakfast setiap hari. Dan lepas tu korang juga boleh pergi melawat dusun buah yang ada di sini. Sambil-sambil melawat tu, boleh makan on the spot kalau korang nak. Kepada peminat buah durian pula, korang boleh makan 35 jenis durian waktu musim Jun dan Julai, memang berbaloi gila la duduk sini.

Ada juga kolam yang menggunakan air sungai semula jadi, agak sejuk untuk mandi pada awal pagi ya. So kalau korang inginkan pengalaman asli duduk di rumah pokok tanpa apa-apa gangguan luar, korang bolehlah singgah ke lokasi ini. Memang sangat cantik dan best tau boleh makan pelbagai jenis buah yang korang nak di dusun dia. 

Laman Web 

Destination: