The Tudor - Hotel Style Colonial 1980-An Di Ipoh, Perak

November 17, 2020 - 03:25 PM


Bandar Ipoh merupakan salah satu bandar yang terbaik di dunia. Dan sudah semestinya rakyat Malaysia juga selalu datang ke Ipoh untuk berjalan-jalan bersama keluarga atau rakan-rakan. Kalau korang ada plan untuk pergi ke Ipoh dalam masa terdekat atau akan datang, korang boleh check out The Tudor. Sebuah hotel unik di bandar ini.

Jangan risau, lokasi hotel ni dekat je dengan bandar Ipoh, hanya perlu drive selama 10 minit je dari Ipoh Parade. The Tudor merupakan sebuah hotel yang mempunyai design colonial dan ianya dibina pada tahun 1980 oleh seorang pilot. Kalau korang datang dengan ahli keluarga yang ramai atau dengan kumpulan besar, korang akan appreciate keluasan hotel ni. 

Bila masuk je ke dalam The Tudor ni korang akan perasan yang design dia memang lain daripada yang lain. Seni bina unik dan tema 80-an pasti akan meresap ke dalam jiwa korang. Terdapat juga chandelier yang sangat cantik di ruang tamu. Ada juga bilik attic kalau korang nak rasa pengalaman tidur di sana. Untuk pasangan pula, sesuai kalau korang ambil deluxe double balcony room.

Manakala untuk tetamu yang melebihi 4 orang, korang boleh ambil family room. Setiap bilik ada kemudahan moden asas seperti flat screen TV, Wi-Fi, bilik air, dan juga aircond. Tapi untuk parking pula, korang kena cepat-cepat la datang sebab dia first-come, first-served punya sistem. Korang juga boleh tempah servis untuk celebrate birthday atau anniversary korang di hotel ini.

Jadi kalau korang tak tahu nak duduk mana ketika di Ipoh, atau ingin mencari lokasi lain daripada yang lain, korang boleh cuba The Tudor ni. Confirm korang tak menyesal. Macam biasa jangan lupa jaga penjarakan sosial dan pakai penutup muka okay? Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi dan media sosial mereka di bawah.

Alamat: 2, Persiaran Anderson, 30300 Ipoh, Perak

Laman Web Facebook | Instagram

Destination: