Villa Danialla - Resort Tepi Pantai Yang Mempunyai Infiniti Pool Di Kelantan
Bila pergi Kelantan, sudah tentunya korang akan jalan-jalan cari makan kan? Yelah, Kelantan ni penuh dengan makanan sedap dan murah berbanding negeri lain. Tapi korang tahu tak di Kelantan ni ada satu lokasi yang sangat cantik di Bachok? Ya, lokasi yang dimaksudkan adalah Villa Danialla, sebuah villa yang terletak di depan Pantai Bachok Kelantan.
Terletak hanya 45 minit dari Kota Bharu, Villa Danialla merupakan lokasi perfect untuk korang lari seketika dari kesibukan bandar. Terdapat 10 jenis bilik yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian korang. Jadi tak perlu risau kalau datang sini bersama keluarga besar, rakan-rakan, atau berdua bersama pasangan, ada bilik yang memenuhi keperluan korang.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh buat di sini seperti merehatkan diri korang di dalam infinity pool yang mempunyai pemandangan lautan biru. Korang juga boleh dapatkan urutan Thai pada harga RM140 untuk 2 jam. Atau korang boleh pergi ke sauna Russian yang berharga pada RM90 sekali masuk (maksimum 6 orang), korang perlu booking 3 jam lebih awal ya.
Boleh juga lakukan aktiviti menunggang kuda di pantai pada harga RM30 untuk 30 minit. Atau, main bola tampar di situ. Senang cerita, percutian di Villa Danialla ni memang bertujuan untuk merehatkan diri korang dari hal-hal kerja dan duniawi di luar sana. Tenangkan diri dan enjoykan diri korang bila duduk di sini okay? Boleh pergi ke laman web rasmi dan media sosial mereka untuk maklumat lebih lanjut.
Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan