Warisan Pahlawan Resort - Jom Rasai Gaya Hidup Bangsawan Zaman Dulu Kala

December 04, 2020 - 05:47 AM


Korang pernah terfikir tak macam mana orang zaman dulu-dulu hidup di Malaysia ni? Lebih-lebih lagi golongan bangsawan. Kemewahan zaman dulu sudah pastinya berbeza dengan zaman sekarang. Jadi kalau korang ingin pergi menginap di lokasi yang mempunyai konsep bangsawan mewah, korang boleh datang ke Warisan Pahlawan Resort di Terengganu.

Berkonsepkan seni bina zaman silam, ianya dikelilingi oleh rimbunan pokok memberikan suasana tenang di lokasi tersebut. Terletak di Kampung Pauh, Kuala Berang, setiap bangunan yang ada di resort ini sangat unik dan cantik. Korang pasti akan merasakan diri seperti seorang bangsawan apabila menginap di sini. Jangan risau, kemudahan moden lain ada je di resort ni.

Terdapat beberapa jenis bilik yang korang boleh pilih bergantung kepada bilangan orang yang datang. Bilik untuk 2 orang boleh didapati pada harga RM60, bilik yang memuatkan 4 orang pada harga RM100. Agak murah dan berpatutan. Bukan tu je, lokasi ini juga mempunyai kolam renang di tengah-tengah resort tersebut, jadi kalau bawa anak memang tiada masalah kalau mereka bosan. 

Restoran di resort ini juga sangat terkenal dengan masakan mereka yang sangat sedap. Restoran Selera Warisan mempunyai menu yang agak menyelerakan seperti Lampam Berlado, Tilapia Paeh Tempoyak, Ikan Tawar Panggang, dan Sayur lemak Kulit Rambai. Memang terliur habis bila tengok gambar makanan di Warisan Pahlawan Resort ni.

Jadi kalau korang nak bercuti di tempat yang unik dan merasai sendiri pengalaman menjadi bangsawan di zaman dulu kala, korang boleh datang ke Warisan Pahlawan resort di Terengganu ini. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh pergi ke laman media sosial mereka di bawah. Ingat, sentiasa jaga SOP dan jangan lupa pakai penutup muka. Have fun!

Facebook | Instagram

Kredit Gambar: Fauzli Razak

Destination: