Woodhouse Retreat - Satu Lagi Nature Retreat Yang Korang Wajib Cuba

December 22, 2020 - 04:09 PM


Siapa sangka di Malaysia ni banyak lokasi-lokasi menarik yang kita boleh pergi lebih-lebih lagi untuk peminat nature retreat. Disebabkan ramai pelancong tempatan yang sukakan nature retreat, di sini min nak suggest lagi satu lokasi terbaik di Selangor iaitu Woodhouse Retreat! Ianya terletak di Kuala Kubu Bharu Heights dan memang sangat cantik.

Pemandangan setibanya di lokasi ini pasti memukau mata korang kerana ianya terletak di atas bukit. Korang boleh bayangkan tak waktu sunset dan sunrise dia punya cantik tu macam mana? Seperti biasa, Woodhouse Retreat di kelilingi oleh flora dan fauna dan memberikan vibe yang sangat menenangkan. Design moden dan rustic menjadi tema utama di retreat ini.

Terdapat 2 bilik tidur, Sky Villa boleh memuatkan sehingga 10 orang pengunjung. Malah di dalam villa ini juga terdapat beberapa tarikan yang boleh dilakukan seperti arcade game, board game, dan banyak lagi. Korang juga boleh chill dalam infinity pool yang mempunyai pemandangan bukit di sini. Kalau nak lebih extreme lagi, korang boleh join flying fox dan paragliding.

Jadi kalau korang inginkan ketenangan dan lokasi yang cantik dan best untuk merehatkan diri pada hari minggun atau cuti korang, Woodhouse Retreat adalah lokasi terbaik. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh pergi ke laman media sosial mereka di bawah dan ingat, jangan lupa jaga SOP bila dah sampai sana okay? Have fun!

Alamat: Sky Villa, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Facebook | Instagram

Destination: