Wow, 'Instagrammable'nya Resort Dekat Pulau Pangkor Ni! Feeling Bercuti Ala Oversea Gituhh..

HOTEL
September 24, 2020 - 11:16 AM


Memandangkan ketika ini kita sedang berada di hujung-hujung tempoh sebelum memasuki musim monsun atau tengkujuh yang berlaku setiap hujung sehingga awal tahun -- mungkin ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk menghabiskan masa dengan bercuti di tepi pantai bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bagi korang yang memilih untuk bercuti di Pulau Pangkor, ini ada sebuah resort yang menawarkan pengalaman seakan-akan sedang bercuti di luar negara dengan dekorasi bilik-bilik penginapannya yang berwarna-warni serta dihiasi mural seni yang kreatif dan cantik-cantik belaka!

Tempat yang dimaksudkan adalah VAGARY RESORT di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.

Resort ini menyediakan keseluruhan 18 buah chalet yang terdiri daripada :-

- 3 Deluxe (yang boleh memuatkan maksimum 4 orang)

- 12 Standard Chalet (yang boleh memuatkan maksimum 2 orang)

- 3 Travellers Chalet (khas untuk backpackers)

Kesemua bilik di Vagary Resort ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik mandi peribadi serta TV skrin rata.

Menariknya, rata-rata pengunjung yang pernah menginap di Vagary Resort mengatakan mereka sangat menyukai suasana di sekeliling resort berkenaan yang dikatakan sangat bersih, mempunyai kakitangan yang peramah dan sungguh membantu.

Malah lebih best apabila Vagary Resort juga sangat dekat dengan laut hanya 2 minit berjalan kaki ke Pantai Teluk Nipah dan 400 meter dari Pantai Coral.

Kalau korang nak menjamu selera di kedai makan atau membeli cenderahati buat yang tersayang pun semuanya berdekatan dan mudah akses.

Boleh dikatakan di seluruh pelusuk resort berkenaan dicat dan dihiasi dengan dekorasi seni yang sangat 'Instagrammable' dan memang cantik untuk dijadikan latarbelakang gambar OOTD korang apabila bercuti ke sini.

Harga semalam untuk bilik di resort adalah sekitar RM120. Murah dan sangat berbaloi kan korang!

Jadi tunggu apa lagi jom bercuti ke Pangkor!!

‪VAGARY RESORT 

Alamat: 4464, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak ‬

No Tel / Whatsapp: 60193713362

Facebook: Vagary Pangkor

Sumber & Kredit Gambar : FB Vagary Pangkor

 

Destination: