Zen Retreat Waterfall Villa - Homestay Unik Yang Mempunyai Kolam Dan Air Terjun Indoor

October 26, 2020 - 03:09 PM


Pada tahun lepas bandar Taiping diberi pengiktirafan sebagai bandar ke-3 terbaik di dunia. Memang bangga betul bila satu dunia tahu tentang bandar Taiping ni. Dan rakyat Malaysia juga sering berjalan-jalan dan bercuti di sini kerana terdapat banyak tarikan yang ada dan pemandangan yang sangat cantik. Salah satu tarikan yang mungkin tak ramai tahu adalah Zen Retreat Waterfall Villa.

Ia merupakan sebuah homestay yang terletak di bandar Taiping Perak dan ianya memang sangat unik. Homestay ini mengenakan tema minimalistik pada design dalamannya dan kalau korang masih tak perasan, dalam ruang tamu tu sendiri ada kolam beserta air terjun! Kalau korang dah puas berjalan-jalan di bandar Taiping dan nak rilekskan diri, memang tak ada homestay yang lagi sesuai daripada ini. 

Kolam di ruang tamu tersebut sedalam 3 kaki. Jadi sangat sesuai untuk anak-anak atau keluarga berehat bersama sambil berendam di dalam kolam. Air terjun tersebut juga mempunyai panel gelas lutsinar, jadi kalau korang tengah tengok TV, korang masih lagi boleh pantau anak-anak korang yang bermain dan mandi di dalam kolam tersebut.

Satu fakta menarik yang korang perlu tahu adalah rumah ni pada asalnya merupakan milik penyanyi lagenda di Malaysia iaitu Dato' Jamal Abdillah. Vila ini boleh memuatkan sehingga 14 orang dan mempunyai 4 bilik tidur. Satu bilik tidur mempunyai katil king-size dan yang selebihnya mempunyai katil queen-size. Vila ini juga dikelilingi oleh jalan yang berbukit, jadi boleh berjalan-jalan kalau nak keluar.

Ia juga dekat dengan Taiping Lake Garden dan mengambil masa hanya 10 minit sahaja untuk drive pergi ke sana. Dan jangan risau lah pasal makanan, dapur villa ni memang lengkap dan mempunyai tempat makan. Kalau malas nak masak, boleh order food delivery kerana lokasi ni memang strategik dan tak susah pun nak sampai sini.

Zen Retreat Waterfall Villa sememangnya satu homestay yang unik kerana mempunyai pool beserta air terjun, malah pemilik sebelum ni pula merupakan penyanyi lagenda Malaysia. Kalau korang datang berjalan ke Taiping dan tak tahu nak duduk mana, tak payah fikir panjang lagi okay? Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi di link di bawah:

Facebook Instagram

Destination: