Itinerari 3 Hari 2 Malam Di Cameron Highlands

TRAVEL
June 24, 2022 - 06:14 PM


Walaupun Cameron Highlands sering terpalit dengan isu kesesakan trafik yang teruk setiap kali tibanya musim cuti sekolah atau pada hujung minggu -- tetapi itu semua tidak pernah menjejaskan keinginan para pelancong yang terus-menerus mengunjunginya untuk merasai kedinginan cuaca tanah tinggi ala-ala oversea.

Bagi anda yang mempunyai rancangan untuk membawa anak-anak dan keluarga bercuti ke Cameron Highlands dalam masa terdekat ini, berikut adalah itinerari 3 Hari 2 Malam yang dikongsikan seorang wanita  bernama Adibah Husni Ahmad Yazidi.

HARI PERTAMA

Gerak dalam pukul 10.30 pagi macam tu dari Kampung Parit. Sampai tengah hari lebih kurang jam 12.45 tengah hari kat Kampung Raja. Sebab book hotel area sini.

1) Lavender Garden

Wajib pegi sebab view cantik-cantik.

Kaki selfie wajib ambil gambar kat sini.

Entrance fee RM15 for adult.

Boleh self pick strawberry kat dalam ni, minimum 200gm RM12.

2) Ladang Cameron Valley Tea

Memang view cantik sangat.

Entrance fee RM3.

3) ATV Safari

Kitorang decide naik 4x4, jalan-jalan lereng bukit tengok pokok teh.

Ada ATV sekali, tapi kitorang tak naik la sebab hujan time tu.

RM18 per head untuk 4x4.

Harga tu dah termasuk dgn tiket ke Safari Park. Boleh feeding macam-macam haiwan kat sini.

4) Pasar Malam Cameron Highlands

Mesti pegi sebab macam-macam makanan sedap kat pasar malam. Paling suka ubi madu kukus dan jagung susu dia. Hanya ada di CH.

5) Cameron Centrum

Tempat baru open. Macam mall. Siapa yang nak OOTD ala-ala kat London boleh la lepak sini. Tapi view malam lagi cantik sebab banyak lampu-lampu.

Ada FamilyMart, PizzaHut and etc.

HARI KEDUA

1)  Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm

Breakfast kat sini pekena Nasi Lemak Pandan bersama Sambal Strawberry. Sedap. Dan jugak ada strawberry dlm serunding dagingnya. Menarik kan.

2) Sheep Sanctuary

Seronok la tengok 🐏 and boleh feeding 🐏 sekali

Dengan view pon cantik sangat!

Entrance fee: Adult RM8

3) Pasar Kea Farm

Nak beli souvenir atau apa-apa je nak beli, beli kat sini. Lebih murah berbanding tempat lain.

Teh ke, ole-ole ke, 🍓 ke 🍠 ke 🥬 and banyak lagi la.

4) Ladang Teh Boh Sg Palas

View kat sini pun sangat lah cantik. Boleh lepak minum teh boh sambil tengok kehijauan semula jadi.

5) Cactus Point

Ada bermacam jenis cactus. Dari kecil sampai lah yang besar. Buat port berselfie pun nice jugak.

Entrance fee: Masuk percuma

6) Taman Agroteknologi Mardi

Kat sini ada kebun ada ladang teh ada taman rama-rama, semua lah jenis sayur@buah ada kat sini. Best!

Entrance fee RM6.50 for adult.

7) Highland Steamboat Grill & Cheese 

Since ramai yang recommend dinner kt sini best, so kitorang try la, memang best makanan dia! Makanan banyak and lamb dia pon sedap.

RM39.90/head. Add on cheese RM10

HARI KETIGA

Checkout pukul 10 pagi, terus balik KL.

Sempat singgah di Lata Iskandar sekejap tengok air terjun.

P/s: Plan and susun tempat yang korang nak pegi, supaya perjalanan lebih teratur and untuk elak jem.

Perkongsian: Adibah Husni Ahmad Yazidi

Destination: