AirAsia Lancar Laluan Eksklusif KL-Da Lat, Vietnam Bermula Disember Depan

TRAVEL
September 19, 2019 - 04:48 PM


Bermula 20 Disember 2019, AirAsia bakal melancarkan laluan eksklusif dari Kuala Lumpur ke Da Lat, Vietnam.

Penerbangan 4 kali seminggu ke kawasan tanah tinggi yang popular sebagai Kota Musim Bunga akan memudahkan lagi perjalanan rakyat Malaysia yang sering mengimpikan untuk melancong ke Da Lat.

Selain cuacanya yang sejuk dan nyaman, Da Lat yang turut dikenali sebagai Central Highlands dan dibangunkan sebagai sebuah bandar riadah oleh Perancis pada awal tahun 1900 juga menawarkan beberapa destinasi tarikan pelancongan.

Stesen Keretapi Da Lat
Lycée Yersin

Antaranya, seni bina kolonial seperti Stesen Keretapi Da Lat dan Lycée Yersin, Tasik Xuan Huong, sebuah ikon popular Da Lat yang terletak di pusat bandar serta Pagoda Linh Phuoc, yang dihiasi dengan mozek warna-warni yang diperbuat daripada kepingan tembikar dan kaca.

Tasik Xuan Huong
Pagoda Linh Phuoc

Bagi peminat alam semula jadi, Bukit Robin menawarkan pemandangan panorama bandar dan persekitaran semulajadi, termasuk Tasik Tuyen Lam dan Gunung Lang Biang, sementara perjalanan ke puncak Gunung Samson membolehkan pengunjung untuk menikmati pemandangan indah Da Lat dari kawasan tanah tinggi. 

Bukit Robin
Tasik Tuyen Lam

Mengikut sejarah, Da Lat juga merupakan tempat tinggal kepada tiga kediaman yang dimiliki oleh Maharaja Bao Dai iaitu maharaja terakhir Vietnam.

Gunung Samson

Sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang terbang ke Da Lat, pelawat dari Malaysia tidak lagi perlu memandu 3 jam dari Nha Trang atau 5 jam dari Bandar Ho Chi Minh untuk melawat bandar yang indah ini.

Gunung Lang Biang

Bagi meraikan laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli bagi Kuala Lumpur-Da Lat daripada serendah RM99* bermula sekarang hingga 29 September 2019 bagi perjalanan antara 20 Disember 2019 dan 27 Mac 2020.

Tiket boleh ditempah menerusi airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Da Lat adalah destinasi ketujuh AirAsia di Vietnam selepas Hanoi, Ho Chi Minh City, Da Nang, Nha Trang, Can Tho dan Phu Quoc.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM104 untuk perjalanan sehala termasuk cukai.

Sumber: Newsroom AirAsia

Destination: