AirAsia Senaraikan Lokasi Percutian Raya 2019 Paling Popular!





Seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang telah membuat perancangan awal untuk pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.

Tetapi bagi yang tiada kampung halaman macam min ni macam mana pula ya? Eerkkk...bosannya!

Korang jangan risau, sebab ada 5 lokasi dalam negara dan juga 5 lokasi luar negara yang disenaraikan sebagai '5 Destinasi Paling Top Untuk Hari Raya 2019' oleh syarikat penerbangan AirAsia.

Jom usha apa yang menarik sangat lokasi-lokasi ini sampai jadi Top 5 masa Hari Raya nanti!

 

5 DESTINASI TEMPATAN PALING POPULAR: 

#1. Alor Setar, Kedah

Bandar raya Alor Setar, Kedah mempunyai pelbagai tarikan yang mampu menggamit kedatangan pelancong tempatan dan asing berkunjung ke negeri jelapang padi itu.

Lokasi popularnya seperti kompleks Pekan Rabu, Masjid Zahir, Menara Alor Setar, Muzium Padi, Gua Gunung Keriang, Muzium Diraja, Balai Besar, Balai Nobat, Masjid Al-Bukhary dan Rumah Kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

 

#2. Kota Bharu, Kelantan

Kota Bharu merupakan bandar yang memiliki paling banyak tarikan terkenal di Kelantan, daripada istana-istana lama, muzium-muzium dalam bangunan klasik, hinggalah kepada kedai-kedai makan yang best.

Jadi kalau korang ke 'Negeri Serambi Mekah' ini jangan lupa singgah ke Muzium Kraftangan dan Kampung Kraftangan, Gelanggang Seni, Menara Rehal, Pantai Cahaya Bulan, Masjid Kampung Laut, Menara Jam Tambatan Raja, Bazar Buluh Kubu, Pasar Siti Khadijah dan Kelantan River Cruise.

 

#3. Kuala Terengganu

Negeri cantik, budaya menarik, itulah kata-kata yang paling sesuai menggambarkan keindahan Kuala Terengganu ini yang kaya dengan dan khazanah warisan tradisional terutama dari segi makanan yang sedap-sedap belaka! 

Lagi-lagi untuk Hari Raya kali ini buat pertama kalinya, jambatan angkat atau 'Draw Bridge' yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir mula beroperasi.

Jadi memang wajib la korang datang ke sini dan bergelar antara pengguna terawal merasai sendiri kecanggihan jambatan ikonik Terengganu ni.

 

#4. Tawau, Sabah

Tawau memang wow! Tarikan yang menanti di bandar ini sungguh sempurna untuk dilawati bagi sesiapa yang dah lemas dengan hidup di kota.

Keindahan alam semula jadinya yang memukau dan panorama yang mendamaikan menjadikan Tawau sebuah lokasi percutian yang sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga.

Ini antara tempat yang rugi kalau korang tak singgah, antaranya Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, Pantai Inderasabah,  Sankina Hotsping Park, Columnar Basalt,  Tawau Mural Art, Tugu Peringatan Kalabakan, Balung River Eco Resort dan Muzium Koko Teck Guan. 

 

#4. Sandakan, Sabah

Bandar kedua terbesar di Sabah ini menawarkan banyak tarikan menarik yang mampu membuatkan jiwa travel korang bergetar kerana Sandakan memiliki kekayaan flora dan fauna yang eksotik di bumi Borneo yang pastinya bakal meninggalkan memori indah buat anda sekeluarga.

Tempat yang korang kena lawati apabila berada di sini ialah Kampung Nelayan Sandakan, Agnes Newton Keith, Borneo Sun Bear Conservation Centre, Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary, Pulau Berhala, Pulau Lankayan, Pulau Selingan, Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre dan Sandakan Liberation Monument.

 

5 DESTINASI ANTARABANGSA PALING POPULAR:

#1. Bangkok, Thailand

Ibu negara Thailand ini sememangnya merupakan syurga makanan, pusat beli-belah, spa, pasar terapung dan lokasi paling tepat untuk mengenali tradisi Thai.

Jadi kalau korang terbang ke sini, jangan lupa untuk cari tempat-tempat yang memang best untuk dilawati antaranya Grand Palace, Khao San Road, Wat Arun, Giant Swing (Buaian Gergasi), Terminal 21, Chatuchak Market, Sungai Chao Phraya, Siam Paragon, Rumah Agam Vivanmek, Airplane Graveyard dan Chang Chui Market.

 

#2. Chennai, India

Chennai yang terletak di kawasan India Selatan mungkin bukan pilihan lokasi percutian ramai kerana pelbagai tanggapan dan persepsi negatif terhadap negara dunia ketiga itu. Namun, hanya mereka yang sudah berkunjung ke India akan tahu keseronokannya.

Tempat menarik yang ada di Chennai untuk disinggahi ialah Kalakshetra Foundation, Georgetown Bazaar, Night Safari Madras Crocodile Bank Trust, Kapaleeshwarar Temple, Olive Ridley Turtles, Marina Beach and Fort St George, Thalankuppam Pier, T. Nagar, Cholamandal Artists Village dan Amadora kedai aiskrim terbaik di Chennai!

 

#3. Denpasar, Bali

Pulau eksotik ini menawarkan begitu banyak tarikan memukau jiwa yang terdiri daripada pantai-pantai indah, kuil-kuil kuno dengan seni bina unik dan pemandangan alam yang menakjubkan umpama syurga dunia.

Tak sah kalau dah sampai Bali korang tak singgah ke tempat-tempat ini seperti Yellow Bridge Di Nusa Ceningan, Pura Luhur Uluwatu, Candi Gunung Kawi, Pura Ulun Danu Bratan, Tanah Lot Temple, Bali Safari & Marine Park Gianyar, Bali Horse Riding, Kintamani, Tegallalang Rice Terraces, Hot Spring Volcano, Seminyak, Pasar Seni Ubud, Coffee Plantation Bali Pulina, Penglipuran Village dan Waterbom Bali.

 

#4. Singapura

Meskipun sering dinamakan antara bandar paling mahal untuk didiami di dunia, Kota Singa ini kekal sebagai satu destinasi percutian popular dunia kerana menawarkan pelbagai sajian antarabangsa yang menggiurkan, jenama fesyen global terkenal serta kemudahan bandar bertaraf dunia.

Untuk menikmati makanan yang lazat korang kena pergi ke Newton Food Centre (muncul dalam filem Crazy Rich Asians), Geylang Serai Food Centre, Golden Mile Food dan restoran di Kampung Glam.

Dah kenyang korang bolehlah jalan-jalan di Taman Botani Singapura, Orchard Road, Merlion Park, Esplanade – Theaters On The Bay, Little India dan membeli-belah di Mustafa Centre.

 

#5. Ho Chi Minh, Vietnam

Ho Chi Minh City adalah sebuah kota yang terbesar di Vietnam yang dahulu dikenali sebagai Saigon dan menyimpan pelbagai kisah penting dalam sejarah Vietnam. 

Kalau korang bercuti raya ke kota yang kaya dengan taman-taman hijau, jangan lupa untuk melawat ke lokasi pelancongan popular di sini antaranya Turtle Lake, Binh Tay Market, Independence Palace, Central Post Office, War Remnants Museum, Opera House, Dong Khoi Street, Phu My Hung and Starlight Bridge, Bonsai River Cruise, Mekong Delta dan Dragon Wharf.

Menarik, kan destinasi percutian raya yang menjadi tumpuan penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur di bulan Syawal ini.

Jadi korang tunggu apa lagi, cepat-cepatlah pilih tempat untuk berjalan-jalan raya bersama keluarga tercinta!

;