3 Hotel Terbaik Indonesia Dalam Top 25 Di Rantau Asia – TripAdvisor Awards 2019

June 17, 2019 - 03:41 PM


TripAdvisor bukanlah satu nama asing dalam industri pelancongan. Selain menawarkan pakej-pakej menarik, TripAdvisor juga memaparkan review terkini tentang sesuatu tempat atau tarikan pelancongan yang ada dalam laman web mereka.

Setiap tahun, TripAdvisor akan mengadakan satu kaji selidik terhadap pengguna mereka yang dipanggil TripAdvisor Travelers Choice Award yang mana anugerah ini akan diberikan kepada mana-mana syarikat yang mendapat undian atau pilihan tertinggi dalam kalangan pengguna mereka.

Anugerah ini terbahagi kepada beberapa kategori; antaranya adalah hotel, destinasi, pantai, syarikat penerbangan, mercu tanda, tarikan, muzium, restoran dan pengalaman. Untuk tahun 2019 ni, senarai 25 hotel terbaik telah dikeluarkan.

Dalam Travellers’ Choice Award ni, hotel akan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu terbaik di dunia, dibaik di rantau dan terbaik mengikut negara. Untuk ketiga-tiga kategori, 25 buah hotel akan disenaraikan. Macam contoh, sebelum ini Faloe Hostel di Kota Kinabalu ada menerima anugerah ini dalam kategori hostel backpacker terbaik di Malaysia.

Berbalik kepada TripAdvisor Award 2019 ni, kami perhatikan senarai 25 hotel di rantau Asia. Menariknya, 3 daripada hotel yang berada dalam senarai adalah terletak di Indonesia. Kenapa kami pilih untuk highlightkan Indonesia, sebabnya pelancong Malaysia paling ramai suka ke Indonesia ataupun Thailand.

Jika selepas ini ada yang bercadang ke Indonesia, boleh cuba tinggal di 3 hotel terbaik di Indonesia ini;

#1. Mandapa – a Ritz – Carlton Reserve, Ubud – Bali, Indonesia

Berada di tempat ke-6, hotel Mandapa ini merupakan hotel kelas atasan dan bertaraf 5 bintang dan boleh dikatakan keindahan alam semulajadi dan kedinginan di Ubud lagi menaikkan ‘seri’ hotel ini.

Bertempat di Jalan Kedewatan, Gianyar, Bali, hotel ini terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Ubud dan apa yang menjadi pilihan disini adalah fasiliti dan servis yang ternyata cukup lengkap yang merangkumi kolam renang, spa dan lain-lain.

Selain itu, setiap bilik didatangkan dengan seorang pelayan peribadi 24 jam! Dari segi harga, memang kalau nak diikutkan, berpatutanlah dengan servis dan fasiliti yang disediakan.

Harga untuk satu malam disini bermula daripada RM3,700.

 

#2. Padma Resort, Ubud – Bali, Indonesia

Berada di kedudukan ke-22, resort mewah Padma Resort di Ubut ini dikelilingi oleh panorama alam yang terbentang luas. Memang kalau yang pernah sampai ke Ubud, jarang tak jatuh cinta dengan keindahan dan kehijauan alam sekitar selain kawasannya yang dekat dengan tempat-tempat tarikan menarik di Bali.

Dari segi jarak, resort ini hanya 37km dari Seminyak, 47km dari Nusa Dua dan 42km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

Selain daripada keindahan semulajadi dan status hotel yang bertaraf 5 bintang ini – apa yang membuatkan ia layak sebagai 25 hotel terbaik di Asia adalah fasiliti serta servis yang mantap.

Dari segi harga, walaupun dilabel sebagai 5 bintang, kami jumpa harga per malam disini RM950 ke atas. Pada kami, rate tersebut kira boleh-lah.

#3. Raffles – Jakarta, Indonesia

Berada di tempat ke-24, Raffles Jakarta merupakan sebuah lagi hotel mewah bertaraf 5 bintang yang berjaya menduduki carta 25 hotel terbaik di Asia.

Bertempat di Ciputra World 1, jarak antara hotel ke lapangan terbang hanya 40 minit dan ia menyediakan penginapan serta layanan yang mewah. Salah satu yang sentiasa menjadi tarikan di hotel ini adalah lampu gantung di lobi mereka yang berhiaskan kristas Swarovski.

Nak tahu hotel mana yang berada di nombor satu?
Walaupun bukan di Indonesia, tapi ia masih berada di rantau Asia Tenggara, iaitu Viroth’s Hotel yang ada di Cambodia.

Fuh! Memang mewah habis tapi harga… mampu milik! Bermula daripada RM490 untuk satu malam dan ia merupakan hotel bertaraf 5 bintang!

 

Destination: