4 Hari 3 Malam Percutian di Pulau Babi Besar Mersing, Johor

TRAVEL
August 26, 2020 - 03:00 PM


Memandangkan sebelum ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni aku plan nak cuba ke pulau belah Johor pulak iaitu Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Jangan risau takda seekor pun babi sondol kat sini. Yang ada hanya keindahan dan kejernihan air laut dia aje. Lawa gila okeh!

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mersing makan masa dalam 5 jam. Sampai je di Jetty Mersing, boat akan bawak korang ke Pulau tu dalam pukul 12.30 tengahari.

Naik boat dari Jetty ke pulau pulu mengambil masa 30 minit . Dekat la jugak dengan daratan kalau ombak tak besar waktu tu.

Resort yang kami stay nama dia Mirage Resort Pulau Besar. Pulau ni agak privacy dan tak crowded sebab nya hanya ada 4 resort je kat sini. Kami pilih Mirage Resort sebab baca feedback semua best dan good review kat Tripadvisor lepastu dia murah sikit dari resort lain. Cam biasa la sebelom book kena la survey dulu review baik ke tak baik.

Apa yang best Mirage Resort ni lebih kepada konsep Kampung Style. Memang macam balik kampong la duk sini. Boleh la main kejar-kejar dengan ayam, itik dan angsa. Pastu sini chill2 dan tak crowded sangat dengan orang. Staff dan manager, Abang Man Coral pon memang sangat friendly dan jaga kami dengan baik sepanjang dekat sini

Layan stargazing sambil heart to heart 

Untuk pakej pulak kami amek 4D3N cottage A Frame types hanya RM620 per person. Nok pergi 2 atau 3 hari ke takda masalah cuma kami prefer kalau kat pulau wajib pergi 4 hari sebab takut tak puas kalu kejap sangat.

Semua harga pakej tu dah termasuk

  • Accommodation (air-cond)
  • Return speed boat (Mersing - Resort - Mersing)
  • 2 Breakfast + 1 Lunch + 2 Dinner (3D2N)
  • 3 Breakfast + 2 Lunch + 3 Dinner (4D3N)
  • Welcome Drink

Sebarang pertanyaan boleh contact kat bawah untuk booking

Ataupon booking melalui website dia http://www.mirageislandresort.com.my/rooms.html

Banyak je aktiviti yang boleh buat dekat pulau ni antara nya, naik basikal keliling pulau, berkayak, snorkeling, memancing, jungle trekking dan berootidi.

Yang rasa nak bercuti tapi tak nak bersesak ramai orang tu kami suggest sini lah tempat yang paling sesuai.

Happy holiday dalam new norma dan patuhi SOP yang ditetapkan ok.

Perkongsian dari Cik Kiah, Credit to photographer ðŸ“· Joe Haraza

Destination: