Labong Campsite - Port Perkhemahan Terbaru Di Endau, Johor

TRAVEL
August 02, 2023 - 12:17 PM


Sekarang ini trend berkhemah di dalam hutan, di tepi pantai atau di atas bukit seakan menjadi salah satu gaya hidup atau konsep percutian yang semakin popular di kalangan masyarakat kita.

Apatah lagi keadaan geografi negara kita yang beriklim khatulistiwa dan dikelilingi hutan hujan tropika -- sememangnya bonus untuk para campers berkhemah setiap kali menjelang hujung minggu atau cuti umum bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jika anda merupakan peminat aktiviti perkhemahan dan sedang mencari port camping baharu yang menarik, anda mungkin boleh cuba Labong Campsite yang terletak di Endau, Johor.

Labong Campsite yang baru sahaja dibuka pada bulan Mei lalu, menyediakan tapak perkhemahan yang besar dan selesa untuk pelbagai jenis khemah yang biasa digunakan oleh para campers.

Jom kita ikuti perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Redha Fahmi yang baru-baru ini telah berkesempatan berkhemah di Labong Campsite.

REVIEW LABONG CAMPSITE

1) Kadar sewa bayaran perhead atau keseluruhan tapak (VVIP dan VIP)

- Dewasa RM30

- Kanak-kanak RM20 (3 tahun - 10 tahun)

- Sampah RM20 (refund semasa keluar)

- Tapak VVIP dan VIP ni korang tanya lah sendiri

Boleh call or whatsapp terus number ni www.wasap.my/60127271545

2) Fasiliti yang termasuk harga sewa 

- Tapak Gravel

- Parking

- Toilet dan shower asing lelaki perempuan

- Sinki & cermin

- Common area share dengan campers lain

- Kerusi dan meja

- Paip basuh kaki

- Plugpoints (24/7)

- MINI WATERPARK

- PLAYGROUND

- PLAYMAT as groundsheet (ikut luck)

- Telco Celcom, Digi (UMobile slow)

3) Sungai

Bersebelahan dengan Sungai Endau (border antara Johor dan Pahang), sungai air tawar yang besar dan merupakan jeti kecil untuk nelayan kampung disitu. Sungai tu jangan la mandi ya.. sebab banyak udang galah. Paham-paham je lah..

4) Keadaan Siang dan Malam

Waktu siang panas dan lebih sesuai untuk duduk di sekitar pohon durian. Tapi bila malam sangat sejuk dan tak perlu kipas.

5) Pepohon Rimba/Kebun

Di dalam campsite mempunyai beberapa buah-buahan yang boleh diambil secara PERCUMA! Ada pokok durian, limau barli (isi merah sedap sangat!!), kelapa pandan, dan jagung. Terdapat juga sayur-sayuran tapi saya tak pandai mengenali sayur. Saya cuma tahu kobis dah kacang botol sahaja. Mereka ada tanam pokok-pokok sekitar tapak, tapi masih comel-comel lagi. Oh peminat petai pun tidak dilupakan oleh CO.

6) Keadaan Jalan

Perjalanan dari Johor Bahru memakan masa 2 jam 40 min (170+km) dan dari lain-lain korang google maps la sendiri. Jalan masuk ke Kampung Labong ni memang best sebab ada sawah padi di sebelah kiri. Kalau sempat dan tidak panas, boleh la OOTD. Jalan tar sehingga ke campsite. Pakai kereta lowered seinci dari tanah pun boleh sampai sini.

7) Bandar/Pekan Terdekat

Lebih kurang 5 min sampai ke pekan Endau. Semuanya ada disini. Jika korang dah sampai sini, maksudnya kena berhenti lunch di Medan Selera Ikan Bakar (bersebelahan jambatan diantara Johor - Pahang), sebab murah, sedap dan memuaskan!! Sangat rekemen!

8) Keseluruhan Pengalaman 

Dengan harga yang diberikan memang cun-melecun! Tapak gravel, tandas 5 star (siap boleh tengok bintang sambil membuang), mini waterpark, dan taman permainan yang lagi elok dari taman perumahan. Mereka juga sediakan playmat dijadikan groundsheet, memang selesa untuk kita solat didalam tent tanpa ada karpet/mat lain.

The only bad is tapak VVIP dan VIP ada takungan air. Kalau hujan memang akan banjir sebanjirnya. So korang amik jer tapak yang RM30/head tu (much-much better). Hopefully CO akan ambil tindakan terhadap tapak-tapak ni.

Akhir kata dan juga disclaimer, semua ini based on pengalaman saya sekeluarga dan rakan-rakan. Apa yang korang rasa bila sampai ke sini berbeza dengan apa yang dibaca disini anggaplah sebagai panduan sahaja. Setiap pengalaman tu berbeza, ada yang dapat lebih baik, dan ada yang tidak.

Sumber & Kredit Gambar: Facebook Redha Fahmi

Destination: