5 Langkah Mudah Rancang Percutian Free & Easy Solo Trip Ke Phuket
1. Tiket
Dari Penang ada direct flight ke Phuket. Hanya 1 jam perjalanan. Untuk tiket pergi, saya redeem Big Points Air Asia. Cuma perlu tambah RM 20 sahaja. Perjalanan pulang saya ambil bas dari Phuket-Hatyai. Tiket bas berharga 276 Baht. Train dari Hatyai ke Padang Besar 50 Baht ( satu trip sahaja sehari iaitu jam 2 p.m local time). Kalau nak dapat seat no, beli tiket siap-siap pagi tu di kaunter. Untuk KTM dari Padang Besar- Butterworth, sekarang ada diskaun 20% kalau tunjuk IC. Harga tiket jadi RM 9.10 sahaja.
Dari Patong Beach ada bus ke Airport dan Phuket Town. Kalau naik bas ke Hatyai, sila naik bas dari Terminal 2. Boleh ambil bas colour biru dari Patong-Phuket Town dengan harga 30 Baht. Lepas tu tukar ambil mini van ke Terminal 2, 20 Baht.
Bas sangat selesa. Perjalanan dari Phuket-Hatyai dalam 7 jam. Bas akan stop di Krabi dan Trang. Boleh berhenti solat dan makan di Trang sebab tempat dia stop tu di Restoran Muslim beserta surau yang selesa.
2. Penginapan
Saya stay di Memory Boutique Hotel. Highly recommended. Hotel 3 bintang, bilik besar, bersih dan staff dia sangat friendly. Harga untuk 4 hari 3 malam cuma RM 100 sahaja!Kalau nak sewa motor, 200 Baht sehari. Selamat sebab Passport tinggal dekat kaunter hotel. Location wise 10 minit jalan kaki ke Patong Beach dan Jungceylon Mall.
#3 Cuaca
Sekarang low season di Phuket. Hujan awal pagi dan lewat petang tapi sekejap jela. Masih boleh teruskan dengan aktiviti air atau pusing-pusing town naik motor.
#4 Tempat Menarik
Memandangkan ini bukan kali pertama saya ke Phuket, trip kali ni adalah free and easy. Saya tak ambil pakej island hopping sebab sebelum ni dah pergi semua tempat tu. Kali ni saya cuba Dolphin Show. Memang berbaloi. Kalau nak murah, beli awal di Klook. Saya dapat harga tiket beserta transfer dari hotel pergi-balik cuma RM 83. Kalau beli dekat sana, tiket paling murah 700 Bath, itu tak termasuk transfer.
#5 Makanan Halal
Kali ni datang memang dah makin bercambah restoran makanan halal di Phuket. Salah satu yang korang patut cuba adalah Makan Buffet Halal Food Phuket. Taip je kat google nanti keluarla precise location kat mana. 250 Baht sahaja dan makanlah sepuas hati. Menu selection ada dari seafoods, ayam,daging,bebola, sushi, somtam, ice-cream, lauk-lauk dan makanan yang dah siap masak. Ada 5 jenis sos pencicah yang korang boleh pilih. Kalau ada yang kata daging bakar cicah air asam dia the best, bagi saya Salmon dia lagi best. Fresh dan unlimited pulak tu. Memang penggemar Salmon wajib datang sini.
300 metre dari hotel saya stay ada satu kedai local muslim halal. Bung Math namanya. Harga memang murah dan sedap. Nasi Ayam Thai 50 Baht. Roti Canai kuah kari pun ada.
KFC di Junceylon Mall halal ya. Harga satu set makanan bermula dari 133 Baht. Yang bestnya cawan untuk air punyala besar. Free refill pulak tu.
Aras bawah sekali Jungceylon Mall ada Food Bazaar. Ada dua gerai yang jual makanan halal. Sepinggan nasi goreng mahal jugakla dalam 130 Baht.
Pilihan lain adalah Family Mart dan 7-11. Macam-macam makanan halal ada. Habis duit kat sini je banyak. Haha
Sekian sedikit perkongsian pengalaman buat travel buddies sekalian. Selamat Bercuti!
Kredit: Rahman Latip