6 Port Lawa Terok Untuk Korang OOTD Bila Bercuti Di Pulau Pinang!
TRAVELKalau kita bercuti ke sesebuah destinasi menarik yang mempunyai suasana dan pemandangan cantik, mesti kita teruja serta tak sabar nak bergambar sakan di sana kan...
Yela, selain menjadi bukti bahawa kita pernah menjejakkan kaki ke tempat tersebut -- gambar-gambar cantik yang kita bakal upload ke media sosial seperti Facebook, Instagram & Twitter boleh juga dibuat kenang-kenangan kalau satu hari kita rindu nak 'throwback' ke sana lagi.
Bagi korang yang mungkin akan bercuti ke Pulau Pinang, ini ada 6 port OOTD yang lawa dan sangat 'Insta-Worthy' yang boleh korang singgah jalan-jalan.
Senarai lokasi cantik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Fara Saila Radzun yang bercuti ke Pulau Mutiara itu, baru-baru ini. Jom kita baca perkongsian wanita ini :-
1) KAMPUNG AGONG PENAGA
Tempat OOTD fefeling Kampung Sawah Padi yang cantik, rasa takmau balik aihhh, dah penat ber OOTD tu, hangpa boleh hilangkan dahaga atau pekena Roti Bakar Telur Goyang di situ, masuk start jam 9 pagi sampai 6 petang, yang penting tiket masuk murah baq hang, RM8 dewasa, RM5 kanak2.
ALAMAT: 841, Bakar kapur, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Penang
NO TEL: 012-481 7795
2) PULAU JEREJAK
Trip bot seawal 8 pagi dan berakhir 8.30 malam, boleh balik hari atau bermalam kat Pulau ni, kat sini hangpa boleh berjalan atau pusing2 naik basikal, ada kafe kalau lapaq dan dahaga, kalau tidur di sini macam2 aktiviti lasak hangpa boleh buat, bot pergi balik RM20 dewasa / RM17 kanak2, kami booking online dari ejen Andalusia O17-2507003.
3) BUKIT BENDERA
Hat ni mercu tanda Penang, wajib pi, Kereta Kabel bermula 6.30 pagi sehingga 11 malam, Tiket biasa RM12 dewasa / RM10 kanak2, tapi kami ni kluster kayangan, malas beratur, malas menunggu, malas bersesak, jadi kami beli Tiket Fast Lane kat Website depa, http://penanghill.gov.my/index.php/en/tickets.html RM40 dewasa dan RM20 kanak2.
4) KOPI HUTAN
Fefeeling mengopi dalam hutan, masih dalam kawasan Bukit Bendera jugak, nak pi sana kena naik Buggy kat Dataran Bukit Bendera dengan bayaran RM30, tapi kami naik Hilux Owner Kopi Hutan free ja hangpa www.wasap.my/60124289585
5) PENANG ART STREET
Dekat sini nak OOTD free ja, tak kena bayaq, tapi kalau hangpa nak makan desert atau ais kepal warna-warni jangan lupa bayaq na, satgi kena ligan hehe...
6) BATU KAWAN CENTRAL ISLAND PARK
Port baru tapi kami takdan nak pi sebab dah otw balik baru tau tempat ni sob sob sob...Ambik gambaq memang cun, ada Arca bunga 4 musim mewakili musim panas, musim sejuk, musim bunga & musim luruh.
Ada Taman Bunga, ada Tasik Buatan dimana persembahan water jet sepanjang 25m, lagi cun kalau hangpa mai waktu malam, boleh fefeling romantis dengan marka halal hehe, masuk percuma ja hangpa, terletak di Aspen Vision City, Lebuhraya Bandar Cassia, George Town dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sampai 10 malam. Info dan gambaq credit to Page Jelajah Maya.
Jadi kalau korang merupakan orang Penang tapi belum pernah bergambar cantik di lokasi yang dinyatakan di atas, korang wajib pergi. Tetapi kalau korang orang luar Penang yang mungkin dah pernah jejakkan kaki ke semua lokasi tersebut takde salahnya kalau korang nak repeat lagi. Hehehe...apa-apa pun yang penting kena jaga SOP!
Sumber: FB Fara Saila Radzun