8 Hotel Luar Biasa Dan Unik Di Seluruh Dunia, Harga Bermula Dari RM150

August 10, 2018 - 06:22 PM


Hotel atau tempat penginapan kalau nak diikutkan adalah salah satu perkara yang penting semasa kita travel. Kalau tak ada tempat penginapan, agak susah untuk teruskan perjalanan atau percutian kita  tu boleh dikatakan tak lengkap.

Kalau korang mencari sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain, ini ada 10 hotel yang unik korang boleh cuba. Ha, kalau korang stay dekat tempat-tempat ni, confirm percutian korang tu akan menjadi pengalaman yang tak dapat korang lupakan.

 

#1. Kasbah Sahara di Morocco

Kasbah disini merujuk kepada bangunan-bangunan lama atau kota lama disana. Korang boleh bayangkan korang menunggang unta merentasi padang pasir Morocco sebijik macam golongan nomad dekat sana. Hotel yang korang boleh cuba adalah Kanz Erremal.

Hotel ni terletak di Merzouga, satu penempatan yang ada di kawasan gurun. Apa yang menarik, diorang jugak ada tawarkan korang untuk adakan perkhemahan oasis dan korang akan dibawa menaiki unta untuk ke sana. Korang akan tidur dalam khemah, tapi pemandangan malam memang cantiklah. Ditemani bulan bintang.

Harga : Dari RM150/malam

 

#2. Kincir Angin di Greece

Kedengaran agak pelik apabila sebuah bangunan yang dibina bukan untuk orang tinggal dijadikan tempat penginapan.

Pergi ke pulau Milos dan carilah Milos Windmill. Dari luaran memang tak berusik, masih berbentuk sebuah kincir angin, tapi dalamannya telah diubah suai. Paling best, korang dapat pemandangan laut yang sangat luas dan membiru.

Harga : Bermula dari RM280

 

#3. Pondok ‘Kelapa’ di Goa

Resort Yab Yum ni boleh dikatakan agak ‘tersorok’ sedikit. Terletak berdekatan dengan Ashvem Beach, korang akan nampak pondok yang berbentuk seakan-akan tempurung kelapa dan ditutup dengan daun kelapa. Kalau nak cerita konsep, diorang bawakkan konsep bohemian.

Lampu digantung dekat pokok-pokok, sarapan pagi yang organic dan setiap pondok ni akan diberikan lilin wangi ala-ala aromatherapy lah.

Bukak pintu pondok, terus sampai pantai okay!

Harga : Bermula RM 320

 

#4. Menginap di ‘Casita’ – Mexico

Walaupun kita jarang dengar cerita pasal orang kita ke Mexico, satu disebabkan keadaan, dua, jarak yang terlalu jauh tapi dekat sini ada satu penginapan unik.

Casita atau rumah kecil di Mexico ni ada 3 suites. Cari El Encanto de Caba Pulmo. Dekat sini kalau nak diikutkan, memang tak ada tarikan yang menarik selain daripada aktiviti air. Diving, memancing dan sebagainya.

Tapi, sini memang bebas daripada pencemaran. Kalau dah tak ada pencemaran, korang bayangkanlah bintang-bintang yang banyak korang boleh ‘layan’ pada waktu malam.

Harga : RM 360 / malam

 

#5. Kabin di Namibia

Nama dia ialah KuanguKuangu, dan ia merupakan tempat yang agak jauh di pendalaman. Memang dibina di kawasan savannah yang tidak berusik lagi dan lokasi dia di pertemuan antara Gurun Namib dan Gunung Naukluft.

Kalau korang impikan percutian yang dekat dengan hidupan liar, bilik air yang ‘open’ dan hiburan korang hanyalah bulan-bintang pada waktu malam, bolehlah cuba satu malam kat sini,

Harga : Bermula RM 475/malam

 

#6. Dome ‘Stargazing’ di Chile

Teletak di pedalaman lembah Chile, ada satu tempat ‘glamping’ yang korang boleh cuba. Caril Elqui Domos.

Korang akan menginap di dalam satu dome yang bumbungnya lutsinar. Jaid, pada waktu malam, korang boleh menikmati pemandangan bintang yang cantik dari dalam dome sahaja. Tak perlu keluar.

Harga : Bermula RM 505 /malam

 

#7. Lodge Pokok di Costa Rica

Pelik dan menarik dalam masa yang sama. Tree House Lodge menjanjikan satu kelainan kepada percutian korang. Selain tree house, korang boleh pilih untuk tinggal di Beach Suites yang mana adanya bilik air terbesar di Costa Rica!

Kalau tree house pulak, dibina 20 kaki diatas paras hutan dan kesemua binaan di resort ini dibina menggunakan bahan semulajadi. Tenaga elektrik pula menggunakan solar dan paling menarik, keuntungan hotel ini disumbangkan ke program konservasi iguana hijau.

Harga : Bermula RM 780/malam

 

#8. Hotel Terapung di Kashmir

Kalau korang tak mabuk air, boleh cuba bermalam di Sukoon. Bot yang mempunyai bahagian bawah yang rata ini akan menyusuri tasik Dal. Korang akan nampaklah kehidupan seharian masyarakat setempat.

Menarik dekat sini, korang boleh cuba pakej overnight camping. Korang akan dibawa ke Himalaya dan melawat tapak tinggalan kuil-kuil lama dan berjumpa dengan penduduk Nomad suku Gunjar.

Harga : Bermula RM 780