Airport Donegal - Airport Dengan Pemandangan ‘Landing Strip’ Paling Cantik

TRAVEL
March 28, 2019 - 02:35 PM


Nama lapangan terbang Donegal mungkin asing buat kita namun ia mempunyai jalur pendaratan kapal terbang yang tercantik di dunia. Lebih tepat, landasan di Carrickfinn, Donegal. Sebuah bandar di Ireland.

Untuk tahun ke-dua berturut, Lapangan Terbang Donegal telah dipilih dalam satu undian yang dilakukan di platform PrivateFly yang menumpukan kepada sewaan jet peribadi. Undian yang dibuat tersebut melibatkan 7000 orang penumpang.

Tempat kedua diikuti dengan Barra Airport di Scotland dan Nice Cote d’Azur di Perancis.

Barra Airport

Pemilihan Donegal disebabkan pemandangan gunung dan jalur pendaratan lapangan terbang tersebut terletak bersebelahan dengan laut. Jadi garisan pantai dan jalur pendaratan adalah selari. Memang menjanjikan pemandangan yang indah lah.

Selain 3 lapangan terbang berkenaan, sebanyak 129 lapangan terbang seluruh dunia telah tersenarai.

Orlando Melbourne Airport


Tempat keempat di Orlando Melbourne Airport (USA) dan St Maarten yang terkenal dengan pendaratan rendah di kawasan pantai.

 

Nota Editor : Setakat ni, yang cantik pernah tengok depan mata adalah penerbangan ke Kota Kinabalu, sebelum sampai, tengok belah kiri, nampak puncak Kinabalu kalau hari yang tak banyak awan... Memang cantik...

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video