Aktiviti Best Minggu Ini Di Sekitar Kuala Lumpur

TRAVEL
October 06, 2017 - 02:24 PM


Harini dah jumaat, lepastu hujung minggu!!  Macam yang kitorang cakap minggu lepas, setiap Jumaat, kitorang akan listkan apa aktiviti yang menarik kitorang jumpa di Facebook di sekitar Kuala Lumpur ni. 

So dah boleh kira macam weekly segment lah ni… Kalau minggu lepas, aktiviti-aktiviti yang kitorang jumpa agak menarik. Minggu ni pun sama. Sebenarnya banyak, Cuma kami listkan sikit untuk anda semua supaya sabtu ahad ni, anda aka nada aktiviti or idea kemana nak tuju.

 

#1. Malaysia G-Shock Megafest

Kalau ikut facebook mereka, mereka mengatakan bahawa ini adalah event G-Shock terbesar di Malaysia. Jadi apa yang menarik hari tersebut adalah, pameran dan jualan G-Shock, demonstrasi, bengkel serta banyak lagi aktiviti yang mereka akan lakukan.

Lokasi : im4u Sentral Puchong. Masa: 9 pagi – 10 malam.

Maklumat lanjut : FB | Malaysia G-Shock Megafest

 

#2. SneakerLah

Event untuk penggemar sneakers. Tahun lepas, kalau tak silap, dia buat dekat Cheras. Tahun ni event sneakerlah dekat KLCC. Semestinya ada pameran-pameran kasut serta jualan. Dengar cerita banyak jugak brand yang join kali ni. Tapi untuk event ni, berbayar lah ye. RM 10 ringgit (esok – presale) ataupun dekat pintu RM 15. Untuk pass VVIP pulak RM 40. Pass VVIP ni akan dapat macam – macam kemudahan lah, macam VIP lane, early preview dan lain-lain lagi.

Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre. Masa : 11 pagi – 10 malam.

 Maklumat lanjut : FB | Sneakerlah | Tiket boleh beli dekat website diorang jugak | Tiket .

 

#3. FightSaber MY at Star Wars Reads 2017

Yang ini, sesuai untuk peminat tegar Star Wars dan juga kanak-kanak. Sebabnya, FightSaber My akan adakan macam – macam aktiviti sempena Star Wars Reads Day. Ada aktiviti membaca, mewarna dan banyak lagi lah. Bagus jugak ada aktiviti yang mengalakkan kita membaca ni, lagi - lagi kanak-kanak, yelah, sekarang ni semua digital je.. Sikit-sikit main phone...

Lokasi : Kinokuniya KLCC. Masa: 11 pagi – 6 petang. Hari : Ahad (8 Oktober 2017)

Maklumat lanjut : FB | FSMY

 

#4. Pertandingan Memancing GP Kopdbkl

Kaki joran semua, ini untuk anda. Ini siri ke-3. Hadiah utama bernilai RM 20 ribu tu…

Syarat penyertaan boleh tengok dekat Facebook diorang kat bawah ni. Seorang hanya boleh bawak 2 joran ye…

Lokasi : Taman Tasik Ampang Hilir. Masa : 7pagi – 1 tengah hari.

Maklumat lanjut : FB | Kopdbkl  

 

#5. Baba – A devised play

Ini adalah persembahan daripada pelajar ASWARA anjuran Galeri Petronas. Berkisarkan tentang seorang bapa dari sudut pandang pelakon yang juga diinspirasikan oleh pengalaman mereka sendiri.

Lokasi : Galeri Petronas KLCC. Masa : 3 petang – 4 petang. 

Masuk percuma. Tapi kena RSVP dekat sini : http://bit.ly/2xbZx7a

Maklumat lanjut : FB | Galeri Petronas

 

 

Rileklah.... and have a happy weekend semua ! =)