Balai Bomba Berusia 111 Tahun Dijenama Semula Sebagai 'Hotspot' Pelancong

TRAVEL
August 06, 2019 - 07:00 PM


Kalau korang bercuti atau berjalan-jalan ke George Town, Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai yang ada di situ.

Kenapa? Sebab balai bomba antara yang tertua di Malaysia itu masih memiliki struktur bangunan utuh meskipun telah digunakan sejak 111 tahun lepas, serta kekal beroperasi sehingga ke hari ini.

Kini, balai bomba tersebut telah dijenamakan semula sebagai ‘Central Fire Station 1908’ dengan fon hitam yang lebih besar bagi menggantikan papan tanda merah sebelum ini.

Papan tanda berkenaan ditukar bagi mengikut Pelan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town serta melambangkan balai bomba itu sebagai salah satu bangunan ikonik yang dapat menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.

Menariknya Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai yang pertama di Pulau Pinang ini masih mengekalkan reka bentuk asalnya iaitu gabungan corak arkitektural, corak klasikal bersama corak Mughal menara empat tingkat dengan pengaruh dari era arkitek Edwardian.

Jadi kalau ke George Town tu, korang singgahlah OOTD depan balai bomba tu! Mana tau boleh borak-borak dengan abam-abam bomba tentang tugas harian dorang yang mencabar tu. Hehehe....