Bawa Tunai RM1000 Atau Berkemungkinan Dilarang Masuk Thailand

January 10, 2018 - 05:50 PM


Rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand perlu membawa tunai sebanyak 10,000 Thai bhat (RM1240) sekiranya ingin memasuki negara berkenaan tanpa sebarang masalah.

Walaupun undang-undang ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan tapi disebabkan jumlah pelancong tinggi setiap tahun ke negara berkenaan menyebabkan penguatkuasaannya tidak dijalankan.

Pegawai di sempadan Thai telah mengesahkan perkara ini dan menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin ke negara gajah putih tersebut menyediakan sekurang-kurangnya 10,000 Thai bhat jika ingin memasuki sempadan tanpa sebarang halangan.

Untuk yang menggunakan visa keluarga, 20,000 hingga 40,000 Thai bhat perlu disediakan.

Peraturan yang agak ketat ini dilakukan sebagai usaha kerajaan Thailand untuk menghalang orang yang ingin memasuki negara berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan secara haram.

 

Sumber : The Sun Daily

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video