Belanda - Wujud 7 Undang-Undang Yang Pelik Di Negara Kincir Angin

TERKINI
May 07, 2021 - 03:25 PM


Belanda atau 'Netherland' , sebuah negara di Eropah terkenal dengan kincir angin dan budaya berbasikal di sana. Mereka ini terkenal juga dengan tanah landskap rata dan ladang tulipnya. 

Banyak je negara yang ada undang-undang pelik, sama seperti Malaysia tapi tidak pelik lah bagi kita. Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua antara 7 undang-undang pelik yang wujud di negara yang terletak di Amsterdam ini.

1. Penunggang basikal mempunyai kuasa di atas jalan raya

Di negara ini, rakyat lebih selesa menunggang basikal dan ada laluan khas untuknya. Tambahan pula, undang-undang di sana kuasa lebih besar ke atas penunggang kereta daripada pejalan kaki atau kereta.

Korang bayang tengah jalan, tiba-tiba ada basikal langgar anda dari belakang dan korang cedera tanpa di bela? Dari segi perundangan tempatan, penunggang basikal tidak mempunyai liabiliti ke atas kecederaan yang berlaku ke atas pejalan kaki.

Penunggang basikal adalah utama di jalan raya dan tidak di sabit kesalahannya jika berlaku kemalangan.

2. Perompak tidak boleh dikunci dalam tandas

Undang-undang di sana melarang anda untuk mengurung perompak dalam tandas kerana telah mencabul hak liberti atau kebebasan perompak tersebut.

Anda boleh didakwa hanya kerana mengurung perompak dalam tandas. Pelik tapi benar ini sememang perkara yang tidak asing dalam perundangan Belanda.

Bayangkan rumah anda di masuki perompak, anda mengambil penyapu dan memukul perompak dan berlari masuk ke dalam tandas dan mengunci diri anda. Esoknya di dakwa ke mahkamah. Pelik bukan?

3. Undang-undang sewa rumah lebih menyebelahi penyewa

Undang-undang Belanda lebih berat sebelah pada penyewa daripada pemilik rumah. Contoh biasa kita dengar penyewa boleh dihalau jika tidak mengikut perjanjian yang di tetapkan oleh pemilik rumah.

Sekiranya berlaku dimana penyewa agak berkeras tidak mahu keluar, pemilik rumah akan mendapatkan bantuan pihak atasan untuk mengusir mereka.

Perkara ini kontra dengan Belanda, jika pemilik ingin mengusir penyewa, harus meminta kebenaran dari mahkamah.Walau penyewa tidak membayar sewa, rumah tidak bersih, pengusiran harus melalui pihak mahkamah. 

Mestilah penyewa suka benda mcm ni, tapi kesian jugak dekat pemilik.

4. Kedai kopi hanya untuk orang dewasa

Kedai kopi di sana tidak sama seperti kedai kopi di kebanyakan negara. Tidak pelik jika lihat ada kanak-kanak atau remaja bawah 18 tahun memasuki ke dalam kedai kopi seperti starbucks atau indie cafe.

Sebab apa mereka melarang adalah kerana kedai kopi Belanda menjual produk-produk terlarang untuk bawah 18 tahun, seperti ganja. Kedai kopi di Belanda membenarkan pelanggan minum kopi sambil hisap rokok. 

Ish ish.... tak sihat contoh sebegini kalau kanak-kanak nampak.

5. Hanya rakyat Belanda boleh berkahwin dalam negara

Undang-undang tempatan di sana yang sekian di amalkan, perkahwinan dibenarkan jika kedua-dua pasangan atau salah seorang pasangan itu berasal dari negara tersebut. 

Jika kedua-dua pasangan yang bekerja di sana dan bertemu di Belanda serta ingin berkahwin, mereka harus  melangsungkan perkahwinan di negara lain.

6. Hanya 2 orang maksimum boleh menyewa sesebuah rumah

Normal kita lihat di Malaysia rumah di sewa mengikut bilik kepada beberapa orang individu. Di mana sahaja, pelajar universiti atau anak perantauan kerja di negeri orang, sudah kebiasaan menyewa sebuah rumah dengan kapisiti antara 10 orang, atas sebab kewangan.

Namun, di Belanda hanya 2 orang maksimum dalam satu rumah. Lebih dari 2 individu akan di denda. Jika menyewa bersama keluarga tidak menjadi masalah apatah lagi terdiri dari suami, anak-anak atau mungkin datuk nenek.

7. Tidak perlu helmet untuk menunggang basikal

Perbezaan di sini Belanda tidak mewajibkan pemakaian helmet di jalan utama. Kepala ialah aset utama dan berisiko jika berlaku sebarang kemalangan, kepala boleh luka dengan parah.

Mereka hanya diwajibkan ada loceng basikal serta lampu basikal. Agak hairan sedikit kerana risiko tinggi jika berlaku apa-apa pada kepala.

Jika di Malaysia, kita diwajibkan pakai helmet ketika berbasikal di jalan utama. 

Sumber: Iluminasi