Berita Baik Untuk Orang Nogori & Penang Yang Lengkap Vaksin. Lexis Offer Promo Murah Wei!

TRAVEL
August 30, 2021 - 05:36 PM


Bagi anda yang telah lengkap 2 dos vaksin serta menetap di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang kini berstatus negeri Fasa 2 -- ini ada satu berita baik untuk anda jika ingin bercuti setelah sekian lama terkurung di rumah.

Anda kini boleh menikmati percutian penginapan di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Suites Penang, dengan tawaran harga menarik dan lebih murah bersempena Promosi "Merdeka Staycation" sehingga 30 September ini.

Promosi tersebut adalah seperti berikut :-

1) GRAND LEXIS PORT DICKSON 

- 2D1N (Sky Pool Villa / Deluxe Suite) = RM500 

- 2D1N (Executive Pool Villa) = RM550 

2) LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

- 2D1N (Executive Poll Villa / Sku Pool Villa) = RM600

- 2D1N (Premium Pool Villa) = RM700

3) LEXIS SUITE PENANG

- 2D1N (Executive Pool Suite) = RM428

Menurut Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng -- keluarga dan individu yang lengkap divaksin boleh meraikan kegembiraan percutian bersama yang tersayang, sambil menikmati kolam renang peribadi mereka sendiri, di hotel-hotel dan resort Lexis.

Tawaran terbaru ini adalah bagi menghargai keprihatinan rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab bersama dalam mendapatkan vaksin.

Untuk rekod sebelum ini, hotel dan resort Lexis hanya dibuka kepada pekerja essential sahaja.

Namun bermula 26 Ogos lalu, ia dibuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang memenuhi syarat dan kriteria berikut :-

1. Semua petugas barisan hadapan

2. Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI

3. Warganegara Malaysia dan asing yang sudah lengkap vaksin (negeri Fasa 2)

Sementara itu, ini pula adalah kriteria kepada para tetamu yang hanya dibenarkan untuk bercuti di Lexis:-

1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau

2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) - individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

3. Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai bukti.

4. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.

Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang telah lengkap vaksin:

1. Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard

2. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan

3. Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional

4. Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort

5. Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa

6. Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Promosi "Merdeka Staycation" -- anda boleh menghubungi Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang: [email protected]/ 011-31376550 (WhatsApp), Grand Lexis Port Dickson: [email protected]/ +06-653 2200

Promosi ini tertakluk dengan terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web hotel dan resort Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Suites Penang.

Sumber: Mstar