Cuti Je Asyik Ke Mall? Apakata Hujung Minggu Bawa Anak-Anak Ke Sini, Confirm Dorang Tak Bosan!

TRAVEL
February 03, 2020 - 05:01 PM


Kalau korang perasan anak-anak muda sekarang lebih gemar menghabiskan masa cuti mereka dengan hanya melepak di pusat-pusat beli-belah atau di kedai-kedai kopi bersama gajet masing-masing.

Gaya hidup yang kurang sihat begitu, akhirnya menyebabkan anak-anak muda kurang 'fit' dan jiwa mereka juga tidak begitu mesra dengan alam sekitar mahupun aspek budaya serta warisan kesenian.

Bagi membangkitkan semula jiwa anak-anak kita yang sihat, apa kata sebagai ibu bapa sesekali pada masa cuti kita bawa mereka berjalan-jalan ke beberapa destinasi menarik yang dekat je di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti yang disarankan oleh pihak Tourism Malaysia ni.

Jom kita lihat destinasi mana yang best untuk bawa anak-anak di hujung minggu ini :-

1. TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Taman Burung KL merupakan yang terbesar di Malaysia dan taman burung terbuka yang terbesar di dunia. Mempunyai koleksi lebih 2000 ekor burung daripada 200 spesis dalam mahupun luar negara.

2. AQUARIA KLCC

Aquaria KLCC membawa anda menikmati perjalanan menjelajah alam semulajadi hidupan laut yang mengagumkan serta melihat tingkah laku unik haiwan dan binatang merayap di atas air.

3. FARM IN THE CITY 

Farm in The City adalah tempat untuk mereka yang ingin menikmati “non-traditional” zoo. Terletak di Seri Kembangan. Pada mereka yang ingin melarikan diri dari hutan bandar, boleh la datang singgah ke zoo yang berkonsep terbuka ini.

4. SKYTREX SUNGAI CONGKAK 

Hanya di Skytrex Sungai Congkak terdapat flying fox dan ianya tidak terdapat di Skytrex lain seperti di Langkawi dan Melaka.

5. PLANETARIUM NEGARA 

Tarikan utama planetarium ini adalah ruang teater yang menayangkan rancangan berkenaan angkasa lepas. Ruang pameran juga meliputi kawasan luar bangunan dengan replika jam matahari Stonehenge dan lain-lain.

6. MUZIUM NEGARA 

Muzium ini ada 4 galeri utama. Anda boleh datang dan tengok bagaimana Kepulauan Melayu bermula. Dari zaman hebatnya negeri Melaka sampailah kepada penjajahan British dan Jepun ke atas negara kita.

7. MUZIUM POLIS 

Muzium ini penuh dengan lebih 2,500 bahan pameran. Tarikan utama muzium ini adalah galeri senjata. Separuh daripada senjata yang dipamerkan sebenarnya dirampas daripada komunis sewaktu tempoh darurat di Malaya.

8. MUZIUM TEKSTIL

Selain kain baju, muzium ini juga menyimpan dua Khazanah Nasional — iaitu Celepa Diraja Terengganu (Royal Terengganu Tobacco Box) dan Gending Melayu (Malay Belt Buckle), sekali dengan barang kemas dan aksesori tradisional.

9. TAMAN BOTANI KUALA LUMPUR 

Bagi mereka yang nak rehat dari kesibukan kota, boleh la singgah di taman awam terbesar di Kuala Lumpur. Taman Botani yang juga dikenali sebagai Taman Tasik Perdana ini berkeluasan 226 ekar (91.6 hektar). Di dalamnya juga terdapat Taman Rusa dan masuk adalah PERCUMA.

Sumber: Twitter @MyMOTAC

 

Destination: