Dah Lama Tak Piknik Ke Taman Rimba, Kan? Jom Ke Kanching & Sg Congkak, Dibuka Dah!
TRAVELSiapa dekat sini yang gemarkan aktiviti lasak atau sukakan ketenangan di kawasan hutan sambil mendengar deruan air sungai yang cukup mendamaikan?
Jika anda salah seorang daripadanya, apa kata hujung minggu ini anda bawa ahli keluarga atau rakan-rakan bersantai ke Taman Eko Rimba Kanching, Rawang dan Chongkak Park and Resort, Hulu Langat, Selangor -- yang sudah mula beroperasi pada Isnin (6 Julai 2020).
Bagaimanapun, aktiviti perkhemahan masih tidak dibenarkan kerana taman eko rimba itu hanya dibuka sehingga pukul 4.30 petang sahaja.
Namun, jangan terlalu 'excited' memandangkan beberapa peraturan yang perlu anda ikuti sepanjang berada di kawasan rehat ini.
Jangan lupa, hanya 300 orang pengunjung sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.
Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.
Paling penting, semua pengunjung perlu mematuhi garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti proses imbasan suhu, mendaftar masuk dengan aplikasi SElangkah: Langkah Masuk dengan Selamat serta memastikan jarak sosial satu meter.
Ingat, sentiasa pakai topeng muka serta jangan berhimpun atau berkumpul melebihi 10 orang di lokasi.
Bagi memastikan keadaan selamat, hanya 5 orang sahaja berada di pondok rehat dan gazebo pada satu-satu masa.
Walaupun dilihat agak terbatas, namun semua ini adalah untuk memastikan anda semua berada dalam keadaan selamat memandangkan virus Covid-19 ini masih belum hilang sepenunya.
Jadi, beriadahlah secara berpada-pada!
Sumber: Mstar