Duit Palsu Itu Ada, Tapi...

GAYA HIDUP
September 06, 2017 - 10:24 AM


Pernah dapat duit palsu? Apa yang anda buat kalau dapat duit palsu?

Jika jawapan anda Ya, anda sepatutnya pergi ke bali polis berdekatan dan buatlah laporan. Pihak Bank Negara Malaysia akan menyiasat setiap laporan berkenaan duit palsu ini.

 

Menurut laporan yang dipetik dari The Malay Mail, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menafikan bahawa terdapat sebilangan wang palsu di negara ini, namun kualitinya amat rendah.Walaupun hal ini agak serius, namun mereka yakin bahawa dengan mata kasar dan sentuhan pun kita dapat membezakan duit tersebut palsu atau tidak. 

 

Pihak BNM serta industri perbankkan di negara ini akan memastikan bahawa tiada wang palsu dapat melepasi dan memasuki sistem perbankkan termasuk di ATM.

 

Ini adalah kerana bahan yang digunakan untuk menghasilkan matawang di negara ini sangat berkualiti dan dilengkapi dengan perincian sekuriti untuk setiap matawang adalah berbeza.

 

Cuba anda keluarkan duit kertas ataupun polimer yang ada dalam dompet tu kejap, cuba rasa… Anda akan dapat rasa sedap… Eh, bukan… akan ada rasa texture duit tu.

Semua duit kertas dan polimer memang disertakan dengan effect timbul pada setiap nilai matawang.

 

Selain itu, ada pelbagai lagi feature keselamatan yang anda mungkin tak pernah perasan selama ini.

Menurut laman web BNM sendiri, terdapat lebih daripada 5 ciri-ciri keselamatan pada setiap wang kertas. Sebagai contoh, tengok gambar RM 100 ini…

 

Cara yang paling mudah untuk kesan duit palsu ialah dengan melihat duit tersebut dibawah cahaya putih.

Ini adalah method yang boleh kita gunakan sekiranya kita mengesyaki duit tersebut adalah tiruan. Ataupun kita tiada mesen pengimbas duit.

Untuk cara ini, kita dapat mengesan sekurang-kurangnya 4 feature keselamatan. Sebagai contoh, pada matawang RM100 kita akan dapat tengok :

 

  1. Effect timbul pada nilai matawang dan garisan braille.
  2. Akan muncul ‘watermark’ potret Yang Dipertuan Agong yang pertama.
  3. Formasi 100 akan terhasil
  4. Akan dapat garisan hitam yang di’embbed’ dalam kertas / polimer.

 

Anda juga boleh ke laman web BNM sendiri dan click pada matawang, kat situ akan terangkan setiap ciri keselamatan yang ada pada semua nilai matawang kita.