
Hotel Bertemakan Penjara Di Thailand Hanya Serendah RM100 Satu Malam
August 21, 2017 - 10:03 AM
Sekarang macam-macam idea yang boleh di hasilkan untuk di jadikan tarikan. Terbaru sepasang suami isteri yang gemar mengembara menispirasikan tema penjara untuk hotel mereka yang terletak di Bangkok.
Hotel ni juga mula menjadi perhatian di kalangan mereka yang suka tinggal di hotel bila mengembara. Paling menarik hotel ini hanya serendah RM100 satu malam untuk merasai pengalaman tidur di dalam penjara.
Bukanlah hotel pertama di dunia yang menggunakan tema penjara, namun Sook Station telah menjadi bualan hangat sebagai hotel bertemakan penjara pertama di Thailand. Terletak di daerah Bang Na di Bangkok dan hanya 15 kilometer dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, hotel ini benar-benar memberikan pengalaman berada di penjara.
Ia dihiaskan seperti apa yang dilalui oleh banduan seharian. Bilik-bilik mempunyai palang besi, katil bertingkat, tandas bersama serta perintah berkurung. Untuk menambahkan suasana yang lebih nyata, pengunjung hotel ini diberikan pakaian banduan iaitu pakaian putih berbelang hitam dan gambar "mugshot" akan diambil ketika sampai di hotel.
Juga terdapat kawat berduri menghiasi kawasan sekitar hotel ini. Bagi mereka yang ingin merasakan tidur seperti di dalam penjara, terdapat bilik yang kecil seluas 8 meter persegi dan mempunyai satu tingkap benar-benar seperti sel penjara. Namun, hotel ini juga menyediakan bilik lebih besar untuk pengunjung berkeluarga.
Pemilik hotel ini iaitu Sithichai Chaiworawapruk, 55, dan isterinya merupakan pasangan yang sangat kerap mengembara dan bagi mereka, untuk tinggal di sebuah hotel bertemakan penjara adalah satu impian. Jadi, mereka sendiri yang merealisasikan impian, dengan membina Sook Station ini. Menurut pasangan ini lagi, hotel ini diinspirasikan oleh filem “The Shawshank Redemption”.
Bagi mereka yang ingin merasakan perasaan tinggal dan bermalam di dalam penjara, impian itu kini boleh menjadi realiti dengan kadar bayaran yang agak berpatutan iaitu RM102 hingga RM210 semalam.
SOOK STATION (Contact & Location)
ADD : 45-49 Soi Sukhumvit 101/2, Khwaeng Bang Na, Khet Bang Na, Krung Thep Maha Nakhon 10260, Thailand (45-49 ซอยสุขุมวิท 101/2 แขวงบางนา เขตบางนา กรุงเทพ 10260) Hostel 100 Meter walk to BTS Udom Suk Station.
TEL : 02 015 3030
MOBILE : 086 332 0555, 081 123 0005 (คุณนา/Khun Na), 081 442 0449 (คุณเล็ก/Khun Lek)
SOOK STATION Official Website: www.sookstation.com
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video