Info Ringkas Travel ke Osaka Jepun





Osaka merupakan ibu negeri kepada wilayah Osaka, Jepun. Osaka mempunyai populasi seramai 2.7 juta penduduk dan merupakan bandar dengan populasi kedua terbesar di Jepun selepas bandar Tokyo pada siang hari. Pada waktu malam, ia menjadi bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Ia terletak di kawasan Kansai di pulau utama Honshu, di hilir sungai Yodo di Pantai Osaka.

Osaka merupakan bandar komersial bersejarah di Jepun dan ia masih lagi merupakan salah satu pusat industri utama dan perlabukan di Jepun, dikenali sebagai jantung kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto, di mana mempunyai populasi seramai 17,510,000 orang penduduk.

Bandar Osaka pada awalnya di kenali sebagai Naniwa, sebuah nama yang masih lagi wujud sebagai sebuah kawasan di tengah bandar Osaka sebagai Naniwa dan Namba Maharaja Kōtoku menjadikan kawasan ini sebagai bandarnya, dan menamakannya sebagai Naniwa-no-miya (Pusat Bandar Naniwa). Bandar ini mempunyai hubungan baik, didarat atau lautan, antara Yamato(modernnya Nara), Korea, dan China. Settsu, yang merupakan bekas kawasan Jepun, meliputi bahagian utara Osaka moden dan hiliran pantai Hyogo.

Pada 1496, Bahagian Buddha Jodo Shinshu telah membuka pusat mereka, Ishiyama Hongan-ji sebuah kuil yang dibina kukuh diatas tapak istana diraja lama Naniwa. Pada 1570, Oda Nobunaga telah melancarkan serangan keatas kuil tersebut yang berakhir selama sepuluh tahun. Sami kuil tersebut akhirnya menyerah kalah pada 1580, kuil tersebut telah dimusnahkan dan Toyotomi Hideyoshi mengambil kawasan itu sebagai Osaka Castle, yang merupakan istananya sendiri

Osaka telah sekian lama menjadi pusat ekonomi terpenting jepun dengan peratusan besar populasi terdiri daripada kelas pedagang.

Bandar moden telah direka pada September 1, 1956 oleh ordinan kerajaan.

Bagi pelancong Malaysia, Osaka tidaklah asing kerana ianya telah menjadi tumpuan orang kita sekian lama. Namun, pada tahun 2018 reputasi pelancong Malaysia agak tercemar dengan beberapa kes yang melibatkan beberapa hostel yang dikatakan disalahgunakan oleh orang kita membuatkan beberapa pemilik hostel di sana telah bersepakat untuk tidak lagi memberi sewa kepada pelancong dari Malaysia. 

Jika ke Osaka, amat rugi sekiranya tidak menyenaraikan beberapa bandar utama sekitar Osaka iaitu Kyoto, Nara dan juga Kobe. 

 

Destination: 
;