Ini Adalah 5 Tempat Terbaik Untuk Anda Yang Nak Travel Solo
Bila sebut pasal travel, mesti masing-masing ada gaya travelling tersendiri. Ada yang suka main redah, ada yang suka explore, ada yang perlukan proper planning dari A sampai Z. Selain itu, dengan siapa kita travel pun, mainkan peranan jugak. Kadang-kadang, kalau kena dengan geng yang tak sekepala, boleh rosak pengalaman travel kita tu. Spoil!
Kepada yang ada simpan keinginan nak travel, tapi taka da geng tu, jangan risau. Pegi je travel sorang diri. Solo travelling lagi mudah. Sebab apa? Sebab kita yang tentukan bila, berapa budget, mana nak pegi dana pa nak buat.
So, kali ini, kitorang nak share 5 tempat terbaik untuk korang yang nak travel secara solo. List ni kami dapat dari insider, dalam list tu ada 32 buah lokasi, tapi kitorang kecikkan sikit skop dia, kiotang cover area Asia dulu dan pada kitorang tempat ini paling berbaloi.
#1. Vietnam
Vietnam ini walaupun agak sesak, tapi sebenarnya Vietnam adalah salah satu tempat yang female friendly. So, ini memang lokasi strategic untuk awek-awek kat luar sana. Kalau kata korang nak rasa adventure travelling tu, pegi beli tiket ke Vietnam.
Antara tempat yang disebut adalah kawasan pasar dia lah, Ben Thanh Market dan Dong Xuan.
#2. Korea Selatan
Selain daripada korang boleh jumpa oppa-oppa handsome atau unnie yang cute, Korea Utara adalah tempat best nak pegi solo. Korang boleh pegi Pulau Nami, atau bulan April nanti akan ada Lotus Lantern Festival. Beli tiket sekarang, travel bulan April nanti, mesti dapat murah.
Lagi satu sebab, katanya kemudahan dekat Korea semakin baik disebabkan diorang akan jadi tuan rumah Winter Olympic tahun depan. Lagi satu, kalau perasan, ada iklan kat YouTube pasal Visit Korea 2017. Bila lagi nak snap gambar cantik-cantik kan??
#.3 Bali, Indonesia
Masa kitorang baca list tu, sebenarnya tak sangka Bali aka nada dalam list. Sebab selama ini, orang pegi Bali nak honeymoon je. Sebabnya, pantai dekat bali cantik, dan romantik. Orang kata lah. Kenapa Bali ada dalam list insider ni? Sebabnya diorang highlightkan satu kawasan, iaitu Ubud. Kalau nak ikutkan, Ubud ni salah satu kawasan yang agak jauh dari bandar.
Selain ada spa yang bertaraf dunia, dekat Ubud jugak ada terdapat banyak lokasi menarik dan cantic untuk anda lawati. Kalau siapa suka nature tu, datanglah ke Ubud.
#4. Kyoto, Jepun
Pasal list yang ini, kami tak dapat nafikan. Jepun adalah salah sebuah negara yang best untuk kita travel. Tak kiralah secara berkumpulan atau solo. Kalau dulu, kita risau takut susah nak berkomunikasi, tapi sekarang ni, diorang pun ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Tak pun, google translate je nanti.
Tempat yang korang boleh pegi adalah Kyoto. Sebabnya, dekat Kyoto ada terdapat banyak temple yang boleh korang pegi. Kalau korang tak minat, boleh je pegi taman-taman yang terdapat dekat area Kyoto tu.
#5. Siem Reap, Cambodia
Sebut pasal Cambodia, Siem Reap mesti ada dalam senarai tempat yang wajib lawat. Satunya, sebab ada Angkor Wat. Antara Wat yang paling banyak disebut – sebut dalam buku sejarah waktu sekolah dulu. Lagi satu sebab yang konkrit adalah, Lonely Planet telah menyenaraikan Angkor Wat ni sebagai lokasi tarikan pelancong nombor 1 pada tahun 2015.
Selain itu, dekat sini lah korang bolek lakukan self reflection. Mana tahu ada yang nak tenangkan fikiran. Hepp! Jangan ada yang komen nak tenang, amik wuduk pegi masjid pulak. =)
Jadi, dah ready nak travel solo? Jom!
p/s : Dah tahu nak gerak sorang, bagitahu waris terdekat, mana kita nak pegi, kot ada emergency, senang nak dihubungi. And research la sikit pasal tempat tu…
Sumber : Insider