Jangan Ambil Gambar Sesuka Hati Jika Travel Ke 5 Negara Ini

September 25, 2019 - 12:10 AM


Apabila travel ke sesuatu tempat kita sebagai pelancong sememangnya tidak lekang dari mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Lagi-lagi di zaman media sosial ini, masing-masing inginkan gambar terbaik untuk dimuatnai di media masing-masing.

Namun, anda harus berhati-hati jika ke 5 negara ini, anda dilarang untuk snap gambar sesuka hati korang. 

5 negara ini adalah:

1. KOREA SELATAN

Jangan sesuka hati nak ambil gambar perempuan di Korea Selatan. Ini kerana ambil gambar perempuan tanpa persetujuan mereka dianggap satu kesalahan serius

2. EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)

Di negara ini ada beberapa tempat yang dilarang untuk mengambil gambar seperti di istana, bangunan kerajaan dan jambatan tertentu menjadi kesalahan kalau ambil gambar kat 5 tempat ni tau

3. KOREA UTARA

Korea Utara adalah negara yang sangat ketat dari segi peraturan dan undang-undang. Segala tindak tanduk anda diperhatikan. Jadi berhati-hati jika mengambil gambar bila ke sini. Silap hari bulan anda boleh dipenjara.

4. ENGLAND

England antara tempat idaman untuk pergi melancong. Kalu boleh setiap ceruk nak ambil gambar. Tapi jika anda ingin mengambil gambar di Trafalgar Square dan Parliament Square, anda perlu mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar London terlebih dahulu.

5. JEPUN

Di Jepun, anda tak boleh ambil gambar di kuil atau patung-patung sesuka hati. Menurut kepercayaan masyarakat disana, perbuatan itu boleh mengganggu semangat patung tersebut

********

Jadi beringatlah ye kawan-kawan. Sebenarnya di Malaysia pun ada juga tempat tidak boleh ambil gambar. Jika anda ke perkampungan orang asli anda memang dilarang untuk ambul gambar mereka atau sekitarnya tanpa meminta izin.

Macam ni lah kita masuk tempat orang hendaklah hormat budaya dan pantang larang mereka.

 

Destination: