Jom Intip Hotel Mewah Sultan Brunei Yang Konon Nak Diboikot Tu!

April 05, 2019 - 01:33 PM


Sehari dua ini kecoh di media antarabangsa apabila beberapa nama bintang terkenal dunia seperti George Clooney, Ellen DeGeneres, Elton John dan Sharon Osbourne mengecam keputusan Kerajaan Brunei untuk melaksanakan hukum hudud, bermula 3 April lepas.

Ia termasuk hukuman rejam terhadap penzina dan pelaku hubungan seks homoseksual.

Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei

Meskipun undang-undang syariah itu terpakai hanya kepada rakyat Brunei yang beragama Islam sebagaimana diperintahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah…

Namun kesemua artis hiburan tersebut menerusi akaun media sosial masing-masing lantang mengajak peminat-peminat mereka untuk memboikot hotel-hotel mewah yang dimiliki Sultan Hassanal Bolkiah yang juga merupakan antara ‘Individu Terkaya Di Dunia’!

Menurut stesen TV Amerika Syarikat (CNBC), Sultan Brunei dikatakan memiliki rangkaian setidaknya 10 hotel mewah ‘Dorchester Collection’ yang popular di serata kota besar dunia seperti Los Angeles, London, Paris, Rome dan Milan.

Jom kita skodeng sikit hotel-hotel 5 bintang milik Sultan Brunei tu! Jeng..jeng..jeng..

 

#1. Principe di Savoia, Milan, Itali

 

#2. Hotel Eden, Rom, Itali

 

#3. Plaza Athénée​, Paris, Perancis

 

#4. Le Meurice, Paris, Perancis

 

#5. Coworth Park, Ascot, UK

 

#6. 45 Park Lane, Los Angeles, US

 

#7. The Dorchester, London, UK

 

#8. The Beverly Hills Hotel, US

 

#9. Hotel Bel-Air, Los Angeles, US

P/S: Wah, mewahnya hotel-hotel Sultan Brunei ni, kan? Terbeliak bijik mata min nengok! Korang kalau bercuti ke kota-kota ternama dunia ni, bolehlah kalau nak menginap kat hotel 5-Star ni. Cuma kena standby duit berkepuk la kot...hehehehe