Jom Tengok Kecantikan Anantara Kihavah Villa, Resort Paling Instagrammable Di Dunia!

April 27, 2018 - 11:24 AM


Bila sebut pasal percutian, perkara yang sering kita kongsikan semestinya adalah gambar. Tak kiralah gambar pemandangan, aktiviti, pantai yang cantik ataupun pemandangan matahari terbenam, ini adalah contoh gambar yang selalulah dikongsikan sewaktu seseorang tu travel.

Kalau korang ada bajet, dan nak gambar yang cantik untuk Instagram, boleh consider nak ke sini. Nama resortnya adalah Anantara Kihavah Maldivies Villas, yang terletak tak lain tak bukan, Maldives.

Diberi gelaran ‘Most Istagrammable Hotel’, hotel atau resort yang terletak di kepulauan Baa Atoll ini mendapat lebih daripada 45,000 undian dalam satu majalah travel.

Tengok lah betapa cantiknya air, pesisiran pantai yang memutih serta bilik hotel yang mewah serta sangat privacy. Tak hairan kenapa hotel ni mendapat undian yang sangat tinggi. Kalau masuk Instagram ni, tak payah effort yang banyak, lokasi je dah cantik, warna pun cantik , tak payah edit-edit filter lagi dah.

Selain pada pemandangan yang cantik serta memukau, hotel ini mempunyai 80 villa yang mempunyai kolam renang sendiri. Sangat sesuai kalau nak berbulan madu.

Resort ni juga ada tawarkan beberapa aktiviti yang sangat ekslusif dan boleh dijadikan ‘bahan’ untuk dikongsikan di Instagram iaitu makan malam di restoran bawah air, Menara tinjau atas air dan selaman skuba atau snorkelling di salah sebuah tapak warisan UNESCO.

Harga? Kalau dah eksklusif macam gini, tak hairanlah kalau harganya mencecah RM 3,600 untuk penginapan satu malam.

 

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video