Ketahui 15 Tips Bagi Mereka Yang Pertama Kali Melawat Jepun

August 13, 2019 - 11:13 AM


1) Visa- tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.

2) Duit Yen - tukar di Malaysia lebih baik kerana di sana susah nak cari money changer. Kadar tukaran di sanapun mahal.

3) Talian internet- bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport.

4) Pengangkutan - Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13AM. Next train 07.27AM. Seterusnya 07.48AM. Bukan 07.00/07.30/08.00AM. Dan setiap keretapi adalah punctual.

5) Makanan halal- Ada, tapi tak semua tempat dan mahal. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan atau convenient untuk dibuka dalam perjalanan jauh menaiki keretapi. Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan terus makan.

6) Kalau lapar sangat – masuk 7E. Untuk yang kali pertama masuk 7E mereka, kita akan rasa macam 'Alangkah bahagianya kalau kat Malaysia pun macam ni'. Kat kaunter cuba cakap - Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) - wa- doko desuka? (where is it?). Sumpah, inilah my friend makanan (sticky rice Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.

7) Penginapan - bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, asrama, homestay, rumah Air BNB dan rumah kawan. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) sama ada dengan stesen bas atau stesen keretapi.

8) Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive. Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,' percayalah perjalanan lima minit tu kita kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.

9) Tempat menarik - Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara adalah kontras yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun juga mempunyai banyak tempat yang diwartakan sebagai warisan UNESCO. 

10) Bahasa Jepun – elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello - Kon ni chi wa, Terima kasih - Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen. Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Sayapun kadang kadang tak faham apa yang mereka jawab. Kalau kita ada kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.

11) Vending machine- teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini! Dari bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

12) Tandas –Terlampau bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekanpun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan. Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

13) Surau – Islam itu mudah dan memudahkan. Jadi takde excuse pergi travel tak solat. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau yang cukup selesa. Di bandar bandar besar juga ada masjid dan surau. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat. 

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, maka kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai ambil air sembahyang.

14) Makan ramen - makan dengan hirupan bunyi bising dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu. Kalau di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

15) Duit syiling Jepun - ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) - kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Untuk mereka yang nak tempat tiket sepanjang berada di Jepun boleh tempat melalui KKdays. Paling best dekat KKdays korang boleh dapat banyak diskaun untuk tiket train, bas, sim kad, Universal Studios Japan dah banyak lagi. 

Selain tu kat KKdays juga banyak tips yang berguna boleh korang baca tentang Travel di Jepun.

Destination: