Kg Jkin Resort, Seremban: Port Cantik Ala-Ala Bandung Untuk Pencinta Alam & Aktiviti Lasak
TRAVELBagi anda yang sedang mencari sebuah destinasi percutian berkonsepkan alam semulajadi dengan pilihan penginapan yang rare serta dilengkapi pelbagai aktiviti menarik dan ekstrem -- mungkin anda boleh memilih untuk 'short vacation' atau 'weekend escape' di KAMPUNG JKIN RESORT, Jalan Lama Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan.
Selain lokasinya dekat dengan Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa sejam pemanduan, paling best resort ini juga menawarkan pakej penginapan dengan aktiviti percuma seperti -- aktiviti air, monkey zipline, gelongsor air & buaian, buaian extreme & flying fox serta sarapan untuk 2 orang.
Lebih menarik apabila resort ini juga ada menyediakan beberapa port untuk bergambar cantik ala-ala macam bercuti ke Bandung atau Bali, Indonesia gitu, seperti buaian ekstrem ini.
Kampung Jkin Resort seluas 4 hektar ini menawarkan empat jenis penginapan dengan harga berpatutan termasuk sarapan, iaitu:-
1) Rumah Pokok (MERANTI)
- Uniknya 3 unit rumah pokok yang terdapat di sini, dibina menggunakan pokok sebenar sebagai tiang dan pengunjung yang menginap pasti akan merasa terbuai apabila ditiup angin.
- Rumah pokok yang dibina dengan konsep rumah kampung ini, lengkap dengan katil dan mampu dihuni sehingga 8 orang dalam satu masa.
- Berhampiran rumah pokok terdapat gazebo untuk pengunjung berehat sambil menikmati keindahan alam dan mendengar bunyi kicauan unggas.
2) Rumah 'Hobbit' (CENDANA)
- Sebuah rumah yang bersaiz kecil tetapi boleh didiami sehingga enam orang yang lengkap dengan katil, televisyen, kipas dan tandas.
- Uniknya rumah itu adalah pada bahagian dinding yang dibina menggunakan kayu yang dipotong kecil dan disusun cantik.
- Mereka juga ada rumah hobbit bawah tanah seperti gambar di bawah ini.
3) Chalet (GAHARU)
- Mereka yang mahukan lebih keselesaan boleh menginap di 3 unit chalet yang lengkap dengan katil dan tandas serta ruangan santai.
4) Dorm
- Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan sehingga 15 orang, mereka boleh menginap di asrama.
Selain penginapan, antara kemudahan lain yang turut terdapat di sini adalah surau, hammock di beberapa kawasan, tandas, kawasan berkhemah, tempat barbeku serta mini zoo.
Jika menginap ataupun tidak bermalam di resort, pengunjung juga boleh cuba melakukan pelbagai aktiviti lasak iaitu ATV di kawasan antara 1.2 kilometer sehingga 2.5 kilometer bergantung kepada pakej iaitu ‘Fun Ride’, ‘Extreme Ride’ dan ‘Full Trek Extreme’.
Bestnya laluan ATV di sini sangat mencabar kerana menggunakan laluan khas -- termasuk berbukit, berair, berlopak dan laluan sempit.
Selain ATV terdapat juga aktiviti lain kepada pengunjung di kolam buatan semula jadi iaitu ‘monkey zip-line’, bermain gelongsor, buaian dan terbaharu mereka juga ada 'Buggy Ride'!
Semua aktiviti yang disediakan mementingkan nilai kekeluargaan termasuk ATV yang sesuai untuk kanak-kanak dan untuk keselamatan turut disediakan adalah jaket keselamatan serta topi keledar.
Bukan itu saja, malah Kampung Jkin juga merupakan lubuk untuk aktiviti air seperti menyusur jeram, memanjat bukit, mengocha dan bercomporo.
Mereka yang tidak pernah merasai aktiviti mengocha iaitu aktiviti menangkap ikan mengikut tradisi orang lama iaitu menggunakan tangan, berpeluang berbuat demikian di sini.
Aktiviti bercomporo pula adalah aktiviti bermandi-manda di kolam buatan yang datangnya dari air bukit. Ini adalah aktiviti santai yang amat sesuai untuk anda seisi keluarga.
KG JKIN RESORT
Alamat: Jalan Lama Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan
No. Tel: 011-2089 3883 / 017-883 3674
Facebook: Kg Jkin Resort
Kredit Gambar: FB Kg Jkin Resort