Kod Pada Bording Pass Ini Akan Buat Anda Susah Semasa Nak Travel

TRAVEL
September 21, 2017 - 04:09 PM


Bila sebut pasal travel, lagi – lagi menggunakan kapal terbang memang agak leceh. Leceh dari segi, kita kena ada dekat airport awal untuk beratur dan check in luggage serta dapatkan boarding pass.

 

Tanpa boarding pass ini, memang kita tak dapat la nak masuk kapal terbang kan…

Cuba tengok boarding pass kita tu, selalunya ada tertulis maklumat-maklumat penting. Seperti, nama penumpang, destinasi, nombor flight dan sebagainya.

Dekat mana tertulis kod tu? Cuba tengok contoh bawah ni…

Tercetak ‘SSSS’.

 

Apa benda SSSS tu?

Secondary Security Screening Selection. Ataupun Pemilihan Skrin Keselamatan Kedua. So, kenapa benda ni menyusahkan? Sebabnya… masa pemeriksaan pertama, macam biasalah, kita kena beratur, masukkan semua barang dalam bakul yang disediakan, and masukkan semua bawah scanner tu.

Bila sampai pemeriksaan kedua ni, selalunya kita dibawak ke satu bilik khas. Dekat situ, diorang akan mintak kita bukak semua beg dan pemeriksaan menyeluruh ke atas tubuh badan kita akan dibuat.

Biasanya, TSA atau Transport Security Administration punya kerja la yang buat prosedur ni. Kenapa?

Sebabnya, nama kita tersenarai dalam list penumpang berisiko tinggi ataupun rendah. Sistem ini akan analisa nama penumpang, dan cross check dengan nama yang ada dalam watchlist mereka.

Menurut jurucakap TSA, nama yang ada ni bukanlah sebab diorang ni wanted ke apa, sebab kadang – kadang, bila kita beli tiket sehala on the spot, dan dibayar tunai, kita berkemungkinan besar masuk dalam list SSSS ini. Namun, tambah diorang lagi… kadang-kadang benda ini berlaku secara rawak.

Kebiasaannya, kalau tiket kita tu ada SSSS ini, kita tak akan boleh print boarding pass secara online. Tetapi, diminta untuk terus ke airport. Kalau dah macam ni, silalah keluar 30 minit dari masa yang kita dah rancang itu. Supaya tak terlepas flight…