Korang Gila Kopi? Singgah Wonogiri Minum Kopi Sambil Dikelilingi Kehijauan Semulajadi

TRAVEL
September 06, 2019 - 03:45 PM


Wonogiri merupakan salah sebuah wilayah yang terkenal dengan aktiviti eko-pelancongan di Jawa Tengah, Indonesia.

Selain mempunyai banyak lokasi-lokasi eksotik seperti Waduk Gajah Mungkur, Gunung Gandul, Bukit Cumbri, Air Terjun Sanginan, Soko Gunung, Telaga Claket, Gunung Besek dan Tambang Batu Randubang ---Wonogiri juga bakal menawarkan satu lagi tarikan mempesonakan kepada pelancong iaitu "Coffee Tourism"!

Menjelang tahun depan, terdapat 3 buah daerah di Wonogiri yang bersedia menerima pengunjung 'kaki kopi' untuk merasai sendiri pengalaman mengutip biji kopi, pemprosesan dan pembuatan kopi hingga menjadi minuman yang pekat dan sedap untuk dinikmati, sambil dikelilingi alam semulajadi yang cukup mendamaikan.

Daerah yang dimaksudkan ialah Girimarto, Jatisrono dan Bulukerto.

Di kawasan itu nanti, para pelancong juga akan dibawa untuk melawat kilang pemprosesan kopi, menyaksikan bagaimana ia ditanam dan kemudian menikmatinya sebagai minuman.

Lebih istimewa, penanaman kopi di sini telah wujud sejak berdekad lamanya ketika zaman penjajahan Belanda lagi.

Oleh itu, tak hairanlah kopi yang ditanam di wilayah Wonogiri ini telah lama popular di kalangan masyarakat tempatan dan luar, hingga wujud Komuniti 'Kopi Wonogiri' dan 'Wonogirich'.

Komuniti ini selalu mengadakan acara untuk mempromosikan kopi Wonogiri, termasuk Wonogiri Nduwe Kopi (Kopi Wonogiri) dan Wonogiri Nandur Kopi (Kopi Penanaman Wonogiri), serta sejumlah pesta kopi di wilayah tersebut.

Jadi, kalau korang antara penggemar kopi atau ketagih jika tak mendapat minuman itu dalam sehari, mungkin Wonogiri adalah destinasi wajib singgah sekiranya korang ada plan nak bercuti ke Indonesia tahun 2020 nanti!

Sumber: Jakarta Post

Destination: