Kuak Hill Resort - Port Glamping Baru Dengan View Awesome Banjaran Titiwangsa

TRAVEL
October 16, 2020 - 11:31 AM


Orang Malaysia kan tengah giler konsep percutian glamor camping atau singkatannya 'Glamping'!

Bagi korang yang tak pernah lagi merasai pengalaman bercuti ala-ala glamping dan teringin untuk mencubanya walau sekali seumur hidup -- di Lenggong, Perak bakal ada sebuah lokasi glamping yang sangat menyeronokkan dan mempunyai panorama indah Banjaran Titiwangsa dengan suasana mendamaikan di atas bukit.

Port glamping terbaharu itu diberi nama KUAK HILL RESORT yang bertempat di Kampung Lata Papan, Kuak, Lenggong, Perak!

Disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19 yang melanda, Kuak Hill Resort yang dijadualkan dibuka secara rasmi pada Mac lalu, terpaksa ditunda pembukaannya kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Namun ketika ini resort berkenaan sedang giat menjalani proses pembinaan fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Meskipun Kuak Hill Resort ini masih belum dibuka, namun berita mengenai keistimewaan yang dimiliki resort berkenaan telahpun viral dan ramai netizen yang nampaknya tidak sabar untuk menempah glamping di situ bagi percutian selepas COVID-19 semakin reda nanti.

Apa-apa pun jom kita tengok dulu apa kelebihan yang dimiliki oleh Kuak Hill Resort ini yang hanya berjarak 30 minit dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan kira-kira 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

JENIS PENGINAPAN :
1. Camping Site (10 Tapak)
2. Glamping Site (10 Tapak)
3. Family Suite 2 Tingkat (4 pax) x 1 Unit
4. Family Suite 1 Tingkat ( 4 Pax) x 1 Unit
5. Family Suite (2Pax) x 1 Unit
6. Famiy Duluxe (2 Pax) x 5 Unit



FASILITI :
1. INFINITY POOL daripada air bukit semulajadi yang sememangnya menyegarkan!
2. VIEWING DECK menghadap pemandangan Banjaran Titiwangsa yang gah.
3. Peralatan BBQ yang lengkap

FASILITI CADANGAN :
1. Surau yang boleh memuatkan 50 jemaah pada satu-satu masa
2. Kuak Hill Highland Café
3. Kuak Hill Animal Valley (Mini Zoo)
4. Kuak Hill Experience (ATV dan Tracking Experience)
5. Kuak Hill World Famous Signage
6. Kuak Hill Bird Aviary
7. DURIAN Lovers Heaven : Kebun Durian
8. Glass House inside the Forest
9. Tree House + Decking

Dengarnya harga semalam untuk glamping di Kuak Hill Resort ini juga sangat berpatutan dan serendah RM40 sahaja bagi sewa tapak!

Jadi kalau korang mahukan sebuah percutian yang tenang dan mendamaikan, Kuak Hill Resort ini adalah destinasi yang paling sesuai untuk korang berglamping, bangun tidur sambil menghirup kopi panas dan menikmati keindahan Banjaran Titiwangsa serta menghabiskan masa membaca novel dengan dikelilingi alam semulajadi yang menghijau. Memang betul-betul syok!!

Lagi best, khabarnya Kuak Hill Resort ini juga terletak berdekatan dengan 3 lokasi air terjun yang sangat cantik dan airnya juga menyegarkan. Memang seronok kalau dapat bermandi-manda kat situ.

KUAK HILL RESORT

Alamat: Kampung Lata Papan, Kuak, Lenggong, Perak.

Facebook: Kuak Hill Resort

Email: [email protected]

Destination: