Kuala Kubu Bharu Selangor Diisytihar Wilayah Central Forest Spine (CFS)

TRAVEL
November 12, 2021 - 11:45 AM


Jika anda ingin bercuti di Selangor tetapi tak tahu di mana, Kuala Kubu Bharu lah tempat yang mesti anda kunjungi! Ada banyak tempat menarik di Kuala Kubu Bharu, dengan perjalanan tidak sampai 2 jam dari Kuala Lumpur, sangat berbaloi untuk anda ke Hulu Selangor ini. 

Mempunyai beberapa pilihan sungai dan alam semulajadi yang dikelilingi hutan hijau, Kuala Kubu Bharu menawarkan aktiviti yang menarik sama ada untuk penggemar aktiviti lasak atau sekadar ingin berehat melepaskan tekanan.

7 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat di Kuala Kubu Bharu, Selangor

Baru-baru ini Kuala Kubu Baharu telah diisytiharkan sebagai wilayah Central Forest Spine (CFS). Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Hulu Selangor merupakan kawasan yang bersambung dengan Banjaran Titiwangsa iaitu berhampiran Perak serta Pahang dan ini menjadikan lokasi itu wajar diisytihar sebagai CFS bagi Selangor.

CFS diwujud bagi mengekalkan kawasan berhutan untuk pemeliharaan dan pemulihan biodiversiti menerusi penyambungan empat kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia iaitu Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan, Taman Negara-Banjaran Timur, Tanah Lembap Pahang Tenggara, Tasik Chini dan Tasik Bera serta Taman Negara Endau Rompin-Rizab Hidupan Liar Kluang.

Ketika ini, dalam konteks CFS di Selangor, hanya satu koridor Secondary Linkages yang terlibat iaitu koridor ekologi merangkumi HSK Raja Musa-HSK Bukit Tarek-HSK Gading.

Destination: