Legoland Malaysia Resort Buka Semula 25 Jun, Ada Macam-Macam Promosi Istimewa!

TRAVEL
June 22, 2020 - 12:48 PM


Jika anda tidak mempunyai idea untuk membawa anak-anak bercuti di tempat yang selamat dan mematuhi SOP serta garis panduan yang dikeluarkan Kerajaan -- mungkin anda boleh memilih untuk Legoland Malaysia Resort di Johor Bahru, Johor!

Ini kerana taman tema popular itu bakal membuka semula pintunya kepada pengunjung bermula Khamis ini iaitu 25 Jun 2020.

Jangan risau kerana selaras pembukaan semulanya, Legoland akan beroperasi dengan pelaksanaan protokol kesihatan, kebersihan dan keselamatan di Taman Tema Legoland serta Hotel Legoland.

Bagaimanapun, buat masa ini, Legoland Water Park akan terus ditutup buat sementara waktu bagi mematuhi arahan kerajaan.

Bagi memastikan semua pengunjung dapat merasai pengalaman menyeronokkan dan menghiburkan, namun dalam masa sama berasa yakin dan selamat -- Legoland memperkenalkan protokol dengan norma baharu termasuklah :-

1. Penjarakan sosial dan kawalan pengunjung

2. Menghadkan kapasiti kepada 30 peratus daripada operasi biasa

3. Pengambilan suhu dan pendaftaran tetamu

4. Protokol kebersihan dan pembasmian kuman

5. Rejim pembersihan dipertingkatkan

Selain itu, bagi merancakkan sambutan kedatangan pengunjung ke taman tema tersebut -- Legoland turut mengumumkan pelbagai tawaran menarik dan fleksibel di mana pengunjung boleh membuat tempahan awal dan merancang percutian mereka.

Promosi menarik itu merangkumi :-

1. Lanjutan 3 bulan untuk semua Pas Tahunan

- Pas yang telah tamat atau akan berakhir antara Februari - Disember 2020

2. Pembaharuan Pas Tahunan Masa Terhad

- Pas Tahunan yang diperbaharui mulai sekarang dan seterusnya akan sah sehingga Disember 2021

3. Tempahan Hotel Percuma Masa Terhad

- Tempah 1 malam dan dapatkan malam ke-2 secara percuma

4. Akses Taman Tema Percuma Masa Terhad

- Beli tiket 1 Hari dan dapatkan tiket ke-2 secara percuma

Sumber: Mstar

Destination: